Rumah pertama kami…. part 1
Tak tau bagaimana boleh terdetik untuk membeli rumah. Dengan keadaan harga rumah yang mahal dan sentiasa naik secara mendadak menyebabkan aku mengambil keputusan untuk membeli rumah.
Selama 2-3 minggu survey rumah yang sesuai mengikut kriteria kami iaitu harga yang berpatutan dan juga mudah ke cyberjaya/putrajaya dimana tempat kami berkerja. Dalam pencarian tersebut pada mulanya berminat untuk membeli di Taman Dahlia iaitu sebuah rumah semi d yang build up yang sederhana tetapi mempunyai ruang tanah yang agak luas dan harganya ok 290k.
Pada mulanya wife mmg teringin sangat dengan rumah tersebut. Tetapi setelah membuat penilaian kawasan tersebut kami agak kurang berminat kerana terlalu dalam daripada jalan utama dan agak terpelosok. Concern kami adalah daripada segi keselamatan. Di kawasan salak tinggi ni kami terjumpa juga sebuah rumah teres 20 x 65 dgn harga 280k. Tapi setelah mendapati ianya tanah leasehold. Kami agak kurang berminat.
Maka pencarian diteruskan lagi di area semenyih dan juga kajang. Kawasan perumahan yang dituju adalah Hill Park Kajang Phase 2 dan juga Semenyih Pelangi 2 Phase 3. Setelah melawat Sales Gallery Hill Park tu kami amat tertarik dgn rumah disitu. Suasana sales gallery tu pon agak menarik berbeza sekali dengan pengalaman melawat sales gallery yang sebelumnya. Apabila mendapati harga rumah teres 20×70 disana agak mahal iaitu 363k terkedu juga dibuatnya. Namun begitu kami meletakkannya as wish list kami since beberapa kriteria dipenuhi antaranya tanah tersebut adalah freehold dan kawasannya tidak terlalu ke dalam dan suasana taman perumahan baru yang agak menarik dan terancang berbanding projek perumahan di Salak tinggi. Setelah melawat hill park kajang kami sempat juga menjenguk kawasan taman harmoni dan seterusnya pergi ke pelangi semenyih utk menjenguk rumah contoh disana kerana di hill park kajang belum ada rumah contoh dan pelangi semenyih boleh digunakan sebagai benchmark kerana ianya daripada pemaju yang sama.
Bersambung……..
Review : LG HT805VM-F2
Minggu lalu, aku mencari Home Theater System yang mempunyai Optical IN (menggunakan kabel Toslink) untuk disambungkan kepada WD TV Live untuk mendapatkan audio digital. Bajet aku dalam rm699. Namun yg aku jumpa mempunyai Optical adalah panasonic. Tetapi aku mencari brand LG kerana untuk match dengan TV. Pada asalnya memang nak carik yang 5.1 tetapi fikir balik agak bersepah pulak satelit speaker kecik2 tu… n nak letak belakang dengan stand pon agak bersepah.
Semasa pencarian tersebut aku terjumpa dengan model LG HT805VM dan LG HT805PM. Beza keduanya adalah 2.1 dan 5.1 sound tetapi berkongsi design yang sama. HT805VM boleh didapati dengan harga rm799 dan HT805PM pada harga rm1199.
Jadi aku mengambil keputusan mengambil HT805VM. Walaupun ianya HTS 2.1 namun ianya support Dolby Digital dan akan downmix secara virtual kepada 2.1. Kita akan masih dapat surround sound dengan secara virtual dan tidak la bersepah2 speaker.
Kadangkala terdapat pengguna yang membeli 5.1 surround speaker tetapi meletak semuanya didepan. Maka surround effect tidak la dirasa dan lebih elok sekiranya hanya membeli 2.1 speaker.
Jadi kali ini aku akan buat review tentang Home Theater daripada LG ini. Dari segi sound yang diproduce, boleh dikatakan agak clear dan subwoofer yang mengancam mengeluarkan bunyi yang dasyat dan agak ngeri bagi aku. Agaknya sebab subwoofernya agak besar jika dibandingkan dengan model-model lain daripada jenama yang lain yang didatangkan dengan subwoofer yang agak kecik. Jadi kepada yang menggilakan bunyi BASS yang kuat. Home Theater ini amat tepat buat anda kerana ianya ada ciri MEGABLAST daripada LG.
Speaker midrange dan tweeter yang direka untuk match dengan TV LCD 32” mengeluarkan bunyi yang clear dan dynamic. Suara dan vocal daripada movies-movies yang ada dalam WD TV Live dengan audio AC3 (Dolby Digital) membuatkan aku teruja dan seronok menonton seakan-akan berada di dalam wayang … HEHE. Namun sayangnya ianya tidak mampu menyokong audio DTS. Secara keseluruhannya HTS ini mampu mengeluarkan 400Watt audio dan player yang didatangkan mampu memainkan DVD dengan upscaling 1080P dengan menggunakan HDMI. Tetapi setelah mencubanya, gambar still macam DVD tetapi clear lebih sket dan masih tidak mampu menyaingi imej gambar daripada movies HD/Bluray yang ada dlm WD TV Live aku. Yela source pon DVD memang la still DVD. huhu.
Secara kesimpulannya, bagi anda yang inginkan HTS yang mampu menyokong audio Dolby Digital daripada koleksi movies-movies anda sama ada melalui DVD player yang didatangkan ataupun daripada media player anda melalui Optical AUX dan tidak mahu ruang TV anda bersepah makan LG805VM ini adalah pilihan yang baik kerana harganya berpatutan malah rekabentuk rekaan speaker yang menawan.
Maybankard 2 Cards
Sejak kerajaan mengenakan caj rm50 utk setiap kad kredit pastinya ramai yang cancel kad kredit masing-masing. Ada yang terpaksa mengurangkan jumlah kad kredit sehingga menjadi hanya 1 kad kredit sahaja dan terpaksa melupakan benefit yang telah dinikmati daripada beberapa kad kredit yang dimilikki.
Seperi yang sedia maklum, Maybank AMEX card memberikan rewards yang tinggi iaitu 5X Treats Points namunbegitu tidak semua tempat menerima American Express. Tetapi untuk memilikki 2 atau lebih kad kredit adalah tidak berbaloi kerana GST telah dikenakan bagi setiap kad kredit yang dimilikki.
Sekarang ianya tidak lagi menjadi isu kerana Maybank telah memperkenalkan Maybankard 2 Cards iaitu 2 kad kredit yang mengenakan hanya 1 caj GST.
Apakah kelebihan kad kredit Maybank ini? Berikut adalah kelebihannya :
- Dua kad kredit, Maybankard 2 American Express dan Maybankard 2 Visa atau Mastercard (hanya boleh didapati mulai April 2011). Sekali apply, satu service tax kerajaan (GST) dan satu statement.
- Interest yang rendah 8.88% p.a.
- 5x TreatsPoints untuk setiap ringgit perbelanjaan menggunakan Maybankard 2 American Express dan 1x TreatsPoint jika menggunakan Maybankard 2 Visa/Mastercard di Malaysia atau dimana-mana di negara yang lain.
- 5% Weekend cash back² apabila menggunakan Maybankard 2 American Express pada hujung minggu (maksimum RM50 setiap bulan).
- Lifetime Fee Waiver.
Tu belum lagi kemudahan dan rewards untuk pengguna platinum. Minimum pendapatan untuk gold adalah 30,000 per anum dan platinum adalah 60,000 per anum.
Maklumat lanjut boleh didapati di Maybank2u.
Bonus dan tunggakan gaji…Acer Aspire 4551
Alhamdulillah merasa lagi bonus untuk tahun ni, plan nk gi jalan-jalan ke Langkawi tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan HeHe.. Duit bonus kali ni selain disimpan di Tabung Haji, turut disumbangkan kepada syarikat Insurans Allianz…Duhh!.. roadtax sudah habis.. tayar pon dh hampir botak tapi tu tukar next month…ada lagi bunganya.
Oleh sebab tak jadi pergi ke Langkawi aku pi beli Laptop Haha…Acer Aspire je..lagipon laptop Acer yang lama nk bagi adik guna bwk gi Universiti. So kali ni aku buat review sket tentang laptop yang aku beli. Harganya berpatutan dan prestasinya tidak menghampakan walaupun harganya yang murah. Dengan harga RM1799 ianya dilengkapi dengan pemproses AMD Athlon II X2 2.1Ghz, 2GB RAM, ATI Mobility Radeon HD 4250, 320GB Hard disk, 1.3 MP Webcam Camera dan juga preloaded dengan Microsoft Windows 7 Home Premium 64bit. Terdapat juga opsyen tanpa Windows dengan harga rm1499 tapi hanya dilengkapi dengan 1GB RAM.
Aku beli kat lowyat dpt harga rm1750 dengan goodies2 = cooler, headset, mouse, mouse pad, lcd cleaner, keyboard protector, kensington lock, dan juga headset+mic. Tapi sbb bayar guna kad kredit jadi rm1780. Hmm actually salah tu, mana leh interest kat customer plak.
Daripada segi performance ok, responsive dan seperti laptop AMD yang lain gfx semestinya mantap dengan ATI Radeon gfx. Tidak pada kebanyakkan laptop Intel yang selalunya hanya dilengkapi dengan Intel Integrated gfx yang biasanya tidak terlalu kuat. Laptop ini turut juga dilengkapi dengan port HDMI yang boleh dihubungkan kepada TV HD untuk menonton movies HD atau sebagainya.
Dari segi ketahanan baterinya oleh sebab ini adalah entry level laptop, dan bukan thin n light series baterinya hanya tahan 3 jam. Mula2 nk beli HP Thin n Light Series tapi harga rm2500… sakit gak sbb simpan duit dalam tabung haji lagi elok.
Kebanyakkan orang takut nak beli laptop processor AMD kerana takut panas. Apa yang aku dapat katakan laptop Acer Aspire 4551 amat senyap dan tidak panas . Oleh sebab itu, tiada masalah untuk menggunakannya di atas katil sambil baring-baring melayan facebook.
Jadi dengan harga rm1499 tanpa windows dan rm1799 dengan windows ianya berbaloi untuk dimilikki dengan rekabentuk yang menarik dan prestasi yang mengagumkan bagi kelasnya.
Ptptn.
Hutang ptptn aku belum lagi dilangsaikan, adakalanya x bayar certain-certain bulan yang mengakibatnya dia meningkat balik. Tensyen.
Tapi yang menambahkan tensyennya, sistem e-fes dorang pon x berapa stabil. Nak suruh orang bayar tapi sistem e-fes dengan pembayaran fpx dorang pon tak berapa nk ok. Nak bayar melalui CIMBClicks pon aku lupa no rujukan yang diorang minta, kena tengok balik surat. Aku tak tau apa masalah e-fes x boleh update terus pembayaran melalui fpx sekarang ni, asyik kuar error je. X macam dulu terus update x kuar error daripada MEPS, dulu ok je kenapa sekarang problem. Jadi kena la tunggu 3 hari berkerja baru masuk dalam lejer.
Semalam aku nak bayar kuar error ni plak, hmm orang tak bayar nak amik tindakan la larang gi luar negara la… Mohon orang ptptn tingkatkan kestabilan dan kualiti sistem online mereka.
EMAS
EMAS – Electrical Eco Mobility Advance Solution
Nice design n nice technology from lotus… x sabar tunggu new persona ngan rebadge Lancer plak. 2010 tahun yang menarik utk proton.
Garmin vs Wayway Papago!
Sejak menggunakan GPS navigator ni, memang memudahkan aku untuk ke sesuatu tempat itu. Lagi-lagi musim perkahwinan ni, aku just set dalam garmin dan terus pergi ke tempat yang dituju dengan mudah, tak perlu lagi utk lihat2 peta dalam Google Earth atau Google Maps. Baru-baru ini wife aku pergi ke suatu tempat dan apabila dalam perjalanan pulang dia tersesat dan mengambil masa yang lama utk sampai ke rumah walhal kami dah berjanji untuk pergi ke suatu tempat selepas itu. Jadinya aku pon membeli satu GPS yang menggunakan software Papago! yang berjenama daripada taiwan iaitu Wayway. Dengan harga istimewa akhir tahun rm499 ia dilengkapi dengan map 3D, Lane Assist dan Junction View…. wow…
Jadi kali ini aku ingin buat review dan comparison antara brand terkenal Garmin dan brand taiwan Wayway ni.
Dari segi harga Garmin nuvi 255w yang aku beli berharga rm750 yang aku rembat dekat PCFair haritu dan Wayway Q4331 aku beli dekat M3Shoppe.com dengan harga istimewa rm499 sebab dorang distributor. Jadinya betul ke harga yang lebih mahal lebih berbaloi daripada harga yang murah?
Kedai makan daripada POI Garmin?
Aku ngan wife selalu hari minggu makan dekat fastfood ngan cafe restaurant, mcm Nandos, Secret Recipe, McD, Burger King… Sekarang terasa boring n actually bazir je makan kat fastfood setiap minggu. So apa kata kita survey2 restaurant masakan melayu yang ada di dalam POI (Points of Interest) dalam NavSat (GPS) Garmin.
Bagaimana nak carik POI dalam Garmin?…
Senang je, mula-mula… pada menu utama pilih Where to?
Kemudian, pilih Points of Interest
Lepas tu, pilih Food! … makan! makan! makan! haha
Oleh sebab aku duduk kat Klang (iaitu dimana kita berada semasa menggunakan GPS), Garmin akan memaparkan banyak kedai makan Cina!…siap ada Bak Kut Teh.. huhu….
Jadi kita kena tukar ke tempat lain, kali ini aku ngan wife nak gi makan kat Shah Alam… so kedai makan apa yg ada disana… pilih Near…
Kemudian, kita pilih A Different City .. dan masukkan Shah Alam
Ha, baru banyak kedai Melayu
.. so minggu ni mari kita cuba kedai makan Paksu Corner!
Nanti aku buat review pasal Paksu Corner plak
insyaAllah.. gi makan dulu…
PC Fair III 2009
Lama dah aku x pegi pcfair, xde bende nak beli n ramai orang. Lagipon harga xde la menarik sangat. So kenapa aku pegi kali ini?… sbb aku nak beli GPS… Garmin Nuvi 255w.. Aeco Technologies Distributor untuk garmin ni ade buat harga promo… nuvi 255w yang asalnya rm850 dia drop jadi rm750.. so mmg tepat pada masanya la aku nk gi sana…
Punyalah crowd org…apa yang ada?..amoi seksi ada la…koh3… barang2 aku tgk biasa je..leh gi kat lowyat je.. dan paling nyampah adalah perang broadband…merata2 org broadband…Streamyx, Celcom, P1, Digi, Maxis… lagi ramai promoter broadband daripada pengunjung..koh3…
Dah ada gps ni…senang la nk kemana-mana
ada alert speedtrap dll… dan senang nak carik Point of Interest melalui GPS…cth Petrol station petronas terdekat dll …
map pon boleh download daripada MalsingMaps…ataupun lebih best daripada Malfreemaps…siap ada logo2 POI… petronas logo, cimb logo..dan macam2…senang nk jalan2 …. next year nk bawak wife gi Cameron….koh3
Perodua Alza
Hari ini perodua melancarkan “Kereta juga MPV” mereka. Haha bagi aku ni bkn MPV…sempit sangat. Mereka pon x berani nk panggil MPV…hanya “Kereta dan juga MPV”… hehe….Yang menariknya aku baru melihat iklan tv alza ni kat paultan.org dan dalam video tersebut mereka menunjukkan bahagian dalaman kereta juga mpv tu hanya 1 saat!… Haha so aku pause video dan dapati ruangnya mmg sempit
Kawan aku dah pegi tgk kat showroom, 1st row pon dah sempit perodua alza ni. Daripada gambar diatas cuba korang tgk. Seat penumpang di depan tersebut telah dikebelakangkan sedikit daripada seat pemandu untuk mendapatkan ilusi ruang depan yg luas. Padahal si pemandu kaki pon dh dekat ke dashboard.
Untuk 2nd row, mereka meletakkan budak disebelah kiri untuk memberi ilusi bahawa row kedua pon luas cuba bayangkan kalau wanita disebelah kanan tersebut duduk ditempat budak kecik tu duduk. Sure kaki nya sempit.
Begitu juga 3rd row. Mereka meletakkan budak kecik disebelah kiri. Padahal wanita disebelah kanan tu kaki tersepit dan wanita didepan seatnya telah dikedepankan (cuba perati betul2).
Ouch!! so cramp… for my opinion Alza tidak akan menggugat sales Exora kerana dari segi features dan ruang…. Alza bukan la tandingan Exora. Tetapi Alza sebenarnya akan menggugat jualan myvi. Harga pon mahal…Alza standard 55k (tanpa airbag, tanpa ABS, tanpa EBD) manakala Exora B-Line (1 airbag, 1 pretensioner belt, tanpa ABS, tanpa EBD) rm57k dpt engine CPS 1.6, ruang yang besar dan features yg bnyk, kerangka yang kuat dan lebih selamat. Apa-apapon kita tunggu dan lihat selera rakyat Malaysia yang tercinta.
(gambar daripada paultan.org)
Video Iklan TV Alza :






