Perodua Alza
Hari ini perodua melancarkan “Kereta juga MPV” mereka. Haha bagi aku ni bkn MPV…sempit sangat. Mereka pon x berani nk panggil MPV…hanya “Kereta dan juga MPV”… hehe….Yang menariknya aku baru melihat iklan tv alza ni kat paultan.org dan dalam video tersebut mereka menunjukkan bahagian dalaman kereta juga mpv tu hanya 1 saat!… Haha so aku pause video dan dapati ruangnya mmg sempit
Kawan aku dah pegi tgk kat showroom, 1st row pon dah sempit perodua alza ni. Daripada gambar diatas cuba korang tgk. Seat penumpang di depan tersebut telah dikebelakangkan sedikit daripada seat pemandu untuk mendapatkan ilusi ruang depan yg luas. Padahal si pemandu kaki pon dh dekat ke dashboard.
Untuk 2nd row, mereka meletakkan budak disebelah kiri untuk memberi ilusi bahawa row kedua pon luas cuba bayangkan kalau wanita disebelah kanan tersebut duduk ditempat budak kecik tu duduk. Sure kaki nya sempit.
Begitu juga 3rd row. Mereka meletakkan budak kecik disebelah kiri. Padahal wanita disebelah kanan tu kaki tersepit dan wanita didepan seatnya telah dikedepankan (cuba perati betul2).
Ouch!! so cramp… for my opinion Alza tidak akan menggugat sales Exora kerana dari segi features dan ruang…. Alza bukan la tandingan Exora. Tetapi Alza sebenarnya akan menggugat jualan myvi. Harga pon mahal…Alza standard 55k (tanpa airbag, tanpa ABS, tanpa EBD) manakala Exora B-Line (1 airbag, 1 pretensioner belt, tanpa ABS, tanpa EBD) rm57k dpt engine CPS 1.6, ruang yang besar dan features yg bnyk, kerangka yang kuat dan lebih selamat. Apa-apapon kita tunggu dan lihat selera rakyat Malaysia yang tercinta.
(gambar daripada paultan.org)
Video Iklan TV Alza :


weh. off topic jap. ko tau tak mane2 software /application utk DMS? Sharepoint mahal benau la. Tmpt ko pakai ape. mesti ade kan sbb lhdn kan scattered all over the state?
Join Perodua Alza Club now @ http://www.alzaclub.my.
An Online Community/Forum/Club for Owners and Fans of Perodua Alza.