Maybankard 2 Cards
Sejak kerajaan mengenakan caj rm50 utk setiap kad kredit pastinya ramai yang cancel kad kredit masing-masing. Ada yang terpaksa mengurangkan jumlah kad kredit sehingga menjadi hanya 1 kad kredit sahaja dan terpaksa melupakan benefit yang telah dinikmati daripada beberapa kad kredit yang dimilikki.
Seperi yang sedia maklum, Maybank AMEX card memberikan rewards yang tinggi iaitu 5X Treats Points namunbegitu tidak semua tempat menerima American Express. Tetapi untuk memilikki 2 atau lebih kad kredit adalah tidak berbaloi kerana GST telah dikenakan bagi setiap kad kredit yang dimilikki.
Sekarang ianya tidak lagi menjadi isu kerana Maybank telah memperkenalkan Maybankard 2 Cards iaitu 2 kad kredit yang mengenakan hanya 1 caj GST.
Apakah kelebihan kad kredit Maybank ini? Berikut adalah kelebihannya :
- Dua kad kredit, Maybankard 2 American Express dan Maybankard 2 Visa atau Mastercard (hanya boleh didapati mulai April 2011). Sekali apply, satu service tax kerajaan (GST) dan satu statement.
- Interest yang rendah 8.88% p.a.
- 5x TreatsPoints untuk setiap ringgit perbelanjaan menggunakan Maybankard 2 American Express dan 1x TreatsPoint jika menggunakan Maybankard 2 Visa/Mastercard di Malaysia atau dimana-mana di negara yang lain.
- 5% Weekend cash back² apabila menggunakan Maybankard 2 American Express pada hujung minggu (maksimum RM50 setiap bulan).
- Lifetime Fee Waiver.
Tu belum lagi kemudahan dan rewards untuk pengguna platinum. Minimum pendapatan untuk gold adalah 30,000 per anum dan platinum adalah 60,000 per anum.
Maklumat lanjut boleh didapati di Maybank2u.


