Review : LG HT805VM-F2
Minggu lalu, aku mencari Home Theater System yang mempunyai Optical IN (menggunakan kabel Toslink) untuk disambungkan kepada WD TV Live untuk mendapatkan audio digital. Bajet aku dalam rm699. Namun yg aku jumpa mempunyai Optical adalah panasonic. Tetapi aku mencari brand LG kerana untuk match dengan TV. Pada asalnya memang nak carik yang 5.1 tetapi fikir balik agak bersepah pulak satelit speaker kecik2 tu… n nak letak belakang dengan stand pon agak bersepah.
Semasa pencarian tersebut aku terjumpa dengan model LG HT805VM dan LG HT805PM. Beza keduanya adalah 2.1 dan 5.1 sound tetapi berkongsi design yang sama. HT805VM boleh didapati dengan harga rm799 dan HT805PM pada harga rm1199.
Jadi aku mengambil keputusan mengambil HT805VM. Walaupun ianya HTS 2.1 namun ianya support Dolby Digital dan akan downmix secara virtual kepada 2.1. Kita akan masih dapat surround sound dengan secara virtual dan tidak la bersepah2 speaker.
Kadangkala terdapat pengguna yang membeli 5.1 surround speaker tetapi meletak semuanya didepan. Maka surround effect tidak la dirasa dan lebih elok sekiranya hanya membeli 2.1 speaker.
Jadi kali ini aku akan buat review tentang Home Theater daripada LG ini. Dari segi sound yang diproduce, boleh dikatakan agak clear dan subwoofer yang mengancam mengeluarkan bunyi yang dasyat dan agak ngeri bagi aku. Agaknya sebab subwoofernya agak besar jika dibandingkan dengan model-model lain daripada jenama yang lain yang didatangkan dengan subwoofer yang agak kecik. Jadi kepada yang menggilakan bunyi BASS yang kuat. Home Theater ini amat tepat buat anda kerana ianya ada ciri MEGABLAST daripada LG.
Speaker midrange dan tweeter yang direka untuk match dengan TV LCD 32” mengeluarkan bunyi yang clear dan dynamic. Suara dan vocal daripada movies-movies yang ada dalam WD TV Live dengan audio AC3 (Dolby Digital) membuatkan aku teruja dan seronok menonton seakan-akan berada di dalam wayang … HEHE. Namun sayangnya ianya tidak mampu menyokong audio DTS. Secara keseluruhannya HTS ini mampu mengeluarkan 400Watt audio dan player yang didatangkan mampu memainkan DVD dengan upscaling 1080P dengan menggunakan HDMI. Tetapi setelah mencubanya, gambar still macam DVD tetapi clear lebih sket dan masih tidak mampu menyaingi imej gambar daripada movies HD/Bluray yang ada dlm WD TV Live aku. Yela source pon DVD memang la still DVD. huhu.
Secara kesimpulannya, bagi anda yang inginkan HTS yang mampu menyokong audio Dolby Digital daripada koleksi movies-movies anda sama ada melalui DVD player yang didatangkan ataupun daripada media player anda melalui Optical AUX dan tidak mahu ruang TV anda bersepah makan LG805VM ini adalah pilihan yang baik kerana harganya berpatutan malah rekabentuk rekaan speaker yang menawan.

