Rumah > Aku, Kami > Rumah pertama kami…. part 1

Rumah pertama kami…. part 1

Tak tau bagaimana boleh terdetik untuk membeli rumah. Dengan keadaan harga rumah yang mahal dan sentiasa naik secara mendadak menyebabkan aku mengambil keputusan untuk membeli rumah.

Selama 2-3 minggu survey rumah yang sesuai mengikut kriteria kami iaitu harga yang berpatutan dan juga mudah ke cyberjaya/putrajaya dimana tempat kami berkerja. Dalam pencarian tersebut pada mulanya berminat untuk membeli di Taman Dahlia iaitu sebuah rumah semi d yang build up yang sederhana tetapi mempunyai ruang tanah yang agak luas dan harganya ok 290k. 2011-09-24 13.31.42

Pada mulanya wife mmg teringin sangat dengan rumah tersebut. Tetapi setelah membuat penilaian kawasan tersebut kami agak kurang berminat kerana terlalu dalam daripada jalan utama dan agak terpelosok. Concern kami adalah daripada segi keselamatan. Di kawasan salak tinggi ni kami terjumpa juga sebuah rumah teres 20 x 65 dgn harga 280k. Tapi setelah mendapati ianya tanah leasehold. Kami agak kurang berminat.

Maka pencarian diteruskan lagi di area semenyih dan juga kajang. Kawasan perumahan yang dituju adalah Hill Park Kajang Phase 2 dan juga Semenyih Pelangi 2 Phase 3. Setelah melawat Sales Gallery Hill Park tu kami amat tertarik dgn rumah disitu. Suasana sales gallery tu pon agak menarik berbeza sekali dengan pengalaman melawat sales gallery yang sebelumnya. Apabila mendapati harga rumah teres 20×70 disana agak mahal iaitu 363k terkedu juga dibuatnya. Namun begitu kami meletakkannya as wish list kami since beberapa kriteria dipenuhi antaranya tanah tersebut adalah freehold dan kawasannya tidak terlalu ke dalam dan suasana taman perumahan baru yang agak menarik dan terancang berbanding projek perumahan di Salak tinggi. Setelah melawat hill park kajang kami sempat juga menjenguk kawasan taman harmoni dan seterusnya pergi ke pelangi semenyih utk menjenguk rumah contoh disana kerana di hill park kajang belum ada rumah contoh dan pelangi semenyih boleh digunakan sebagai benchmark kerana ianya daripada pemaju yang sama.

Bersambung……..

Categories: Aku, Kami Label:
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.