Arkib

Archive for the ‘Aku’ Category

Rumah pertama kami…. part 1

Oktober 15, 2011 Tinggalkan komen

Tak tau bagaimana boleh terdetik untuk membeli rumah. Dengan keadaan harga rumah yang mahal dan sentiasa naik secara mendadak menyebabkan aku mengambil keputusan untuk membeli rumah.

Selama 2-3 minggu survey rumah yang sesuai mengikut kriteria kami iaitu harga yang berpatutan dan juga mudah ke cyberjaya/putrajaya dimana tempat kami berkerja. Dalam pencarian tersebut pada mulanya berminat untuk membeli di Taman Dahlia iaitu sebuah rumah semi d yang build up yang sederhana tetapi mempunyai ruang tanah yang agak luas dan harganya ok 290k. 2011-09-24 13.31.42

Pada mulanya wife mmg teringin sangat dengan rumah tersebut. Tetapi setelah membuat penilaian kawasan tersebut kami agak kurang berminat kerana terlalu dalam daripada jalan utama dan agak terpelosok. Concern kami adalah daripada segi keselamatan. Di kawasan salak tinggi ni kami terjumpa juga sebuah rumah teres 20 x 65 dgn harga 280k. Tapi setelah mendapati ianya tanah leasehold. Kami agak kurang berminat.

Maka pencarian diteruskan lagi di area semenyih dan juga kajang. Kawasan perumahan yang dituju adalah Hill Park Kajang Phase 2 dan juga Semenyih Pelangi 2 Phase 3. Setelah melawat Sales Gallery Hill Park tu kami amat tertarik dgn rumah disitu. Suasana sales gallery tu pon agak menarik berbeza sekali dengan pengalaman melawat sales gallery yang sebelumnya. Apabila mendapati harga rumah teres 20×70 disana agak mahal iaitu 363k terkedu juga dibuatnya. Namun begitu kami meletakkannya as wish list kami since beberapa kriteria dipenuhi antaranya tanah tersebut adalah freehold dan kawasannya tidak terlalu ke dalam dan suasana taman perumahan baru yang agak menarik dan terancang berbanding projek perumahan di Salak tinggi. Setelah melawat hill park kajang kami sempat juga menjenguk kawasan taman harmoni dan seterusnya pergi ke pelangi semenyih utk menjenguk rumah contoh disana kerana di hill park kajang belum ada rumah contoh dan pelangi semenyih boleh digunakan sebagai benchmark kerana ianya daripada pemaju yang sama.

Bersambung……..

Categories: Aku, Kami Label:

Ptptn.

Hutang ptptn aku belum lagi dilangsaikan, adakalanya x bayar certain-certain bulan yang mengakibatnya dia meningkat balik. Tensyen.

Tapi yang menambahkan tensyennya, sistem e-fes dorang pon x berapa stabil. Nak suruh orang bayar tapi sistem e-fes dengan pembayaran fpx dorang pon tak berapa nk ok. Nak bayar melalui CIMBClicks pon aku lupa no rujukan yang diorang minta, kena tengok balik surat.  Aku tak tau apa masalah e-fes x boleh update terus pembayaran melalui fpx sekarang ni, asyik kuar error je.  X macam dulu terus update x kuar error daripada MEPS, dulu ok je kenapa sekarang problem. Jadi kena la tunggu 3 hari berkerja baru masuk dalam lejer.

Semalam aku nak bayar kuar error ni plak, hmm orang tak bayar nak amik tindakan la larang gi luar negara la… Mohon orang ptptn tingkatkan kestabilan dan kualiti sistem online mereka.

Categories: Aku, Lain-Lain Label:, ,

Kedai makan daripada POI Garmin?

Disember 13, 2009 Tinggalkan komen

Aku ngan wife selalu hari minggu makan dekat fastfood ngan cafe restaurant, mcm Nandos, Secret Recipe, McD, Burger King… Sekarang terasa boring n actually bazir je makan kat fastfood setiap minggu. So apa kata kita survey2 restaurant masakan melayu yang ada di dalam POI (Points of Interest) dalam NavSat (GPS) Garmin.

Bagaimana nak carik POI dalam Garmin?…

Senang je, mula-mula… pada menu utama pilih Where to?

217_thumb

Kemudian, pilih Points of Interest

 48_thumb

Lepas tu, pilih Food! … makan! makan! makan! haha

607_thumb

Oleh sebab aku duduk kat Klang (iaitu dimana kita berada semasa menggunakan GPS), Garmin akan memaparkan banyak kedai makan Cina!…siap ada Bak Kut Teh.. huhu….

69_thumb

Jadi kita kena tukar ke tempat lain, kali ini aku ngan wife nak gi makan kat Shah Alam… so kedai makan apa yg ada disana… pilih Near…

6072_thumb

Kemudian, kita pilih  A Different City .. dan masukkan Shah Alam 

80_thumb108_thumb

Ha, baru banyak kedai Melayu :) .. so minggu ni mari kita cuba kedai makan Paksu Corner!

135_thumb 400_thumb

Nanti aku buat review pasal Paksu Corner plak ;) insyaAllah.. gi makan dulu…

Cuci..

Oktober 18, 2009 1 komen

Ahad 18/10/2009 10 pagi …

car3 

Hari ini aku nak testing premium car shampoo kononnya daripada Kit. Actually ramai yang x suka mencuci kereta sendiri kerana ianya memenatkan.. memang memenatkan pon. Tapi aku suka sebab sambil mencuci aku boleh mengeluarkan peluh aka exercise haha.

Target aku harini adalah kete aku sendiri yang x seberapa sebijik Saga dan kete wife seekor Kancil..hehe. Selama ni aku memang gemar guna produk Waxco cth macam gambar kat atas tu tyre shine walaupun aku x pernah pon selama ni shine kan tyre kete aku, baru beli tu ngehehe. Selalu basuh kete pon guna Waxco Wash & Shine. Tapi kali ni nk cuba brand Kit kononnya daripada USA tu… brand USA vs barangan Malaysia.

Target pertama :

DSCN1340

Korang nampak tak, menyental macam tu boleh buat kita exercise tanpa kita sedari.. haha..menyihatkan.

Hasilnya :

 

car4

Buntut kete yang berkilat haha.

Ok, mangsa seterusnya :

 

DSCN1345

Dan hasilnya, atap yang berkilat haha..

DSCN1358

Arghhh penat….biarkan mereka berehat…ke aku yang nk berehat?

DSCN1352

Komen : Brand Waxco Wash & Wax lagi memberangsangkan daripada brand Kit Car Shampoo ni. Simply because mmg car shampoo. Pada harga yang sama rm12 kita boleh dapatkan car shampoo yang menhasilkan kesan wax selepas membasuh. So bagi aku brand Malaysia Waxco Wash & Wax lagi berbaloi. Namun begitu hasil yang diberi selepas membasuh kete menggunakan brand Kit tidaklah begitu menghampakan.

Categories: Aku, Automotif

Rebat 20%

Oktober 4, 2009 Tinggalkan komen

Dulu aku pernah wat entry mengenai rebat 20% tol. Alhamdulillah, aku antara orang yang dapat menikmati rebat tersebut. Untuk bulan ni sehingga 26 September 2009 aku telah menggunakan khidmat lebuhraya bertol sebanyak 110 kali!… wahahhaa… dan jumlah rebat tol sehingga 26 Sept adalah RM49.24 (sistem dorang slow update transaksi).

Walaupun tidak semua dapat menikmati rebat ini, dan program ini seolah-olah macam boneka (x semua orang guna tol hari2 dan overall org lembah klang je dpt since sini bnyk tol!). Namun at least aku dapat rebat! hehe.

image

Categories: Aku, Automotif Label:

Myvi terbakar….

Oktober 4, 2009 Tinggalkan komen

Semalam, 3 Oktober 2009 semasa aku dalam perjalanan ke rumah auntie ada open house ada sebuah kereta myvi terbakar. Kejadian berlaku di jalan utama seksyen 19 shah alam yang menghala ke bulatan seksyen 20. Waktu adik aku yang nampak ada kebakaran. Dalam hati aku sure kete yang terbakar sbb kat jalan raya. Masa aku lalu kawasan tu kereta tu dah terbakar keseluruhan kereta dan meletup-letup. So ramai yang berhenti takut akan meletup dengan lebih dasyat lagi. Kereta bomba datang dalam 1 min kemudian. Nasib baik bomba dekat je dengan kawasan tu. Dengan bantuan bomba yang cekap dan pantas, api dapat dipadamkan dengan cepat. Kereta tu dah total loss..tinggal rangka je.

Berikut gambar yang aku tangkap menggunakan camera phone Samsung U800 aku.

Photo372 Photo373 Photo374 Photo375 Photo376 Photo377 Photo378 Photo379 Photo380 Photo381 Photo382 Photo383 Photo384 Photo385 Photo386Photo387

Actually kete ni terlanggar kete kancil sehingga hilang kawalan terbabas hingga melanggar pokok dan terbakar. Yang peliknya kedudukan kete kancil yang dilanggar dengan tempat kete myvi ni terbakar jauh tu…

Blog ni turut menceritakan keadaan yang sama http://farliana.blogspot.com/ dan terdapat gambar kete myvi ni tgh terbakar.

Categories: Aku, Automotif Label:

Salam Aidilfitri

September 22, 2009 Tinggalkan komen

 

Tahun ni aku x merasa kemeriahan raya sangat. Since rumah parent aku ngan mertua pon dekat. Kajang n Klang je. Dah memang hari-hari pon kat sini. Hehe. Malam Raya aku berbuka puasa di rumah auntie di sebelah rumah mertua aku. Makan nasi himpit ngan rendang ayam…Layan!.

Malam sabtu tu la aku ngan parent aku bergerak ke batu pahat. Guna jalan biasa dulu bila dah pukul 12 baru la masuk guna Highway Plus… 20% discount beb. Sampai batu pahat dalam pukul 2.30am…terus terlentang.. HeHe… Pagi raya macam biasalah bangun pagi, gosok gigi, mandi, sembahyang subuh… pergi ke masjid sembahyang hari raya.. memang xde apa yang luar biasa pon.. mmg rutin hari raya. Aku memang x rasa apa-apa kemeriahan.

Kemudian bersalaman hari raya, dan pergi ke rumah atok di batu pahat. ( oh yea aku tumpang tido rumah uncle sham since kitaorang gerak malam xmo kaco atok tdo). Lepas zohor aku dan isteri bergegas pulang ke Ibukota sebab ada makan2 raya rumah uncle (ayah ngah isteri aku panggil) … wooo best makan nasi dagang kat sana … sedap tol… x penah rasa nasi dagang sesedap tu… aku mmg x suka makan sangat nasi dagang. Huhu banyak bergerak my little debab car (saga blm) pada hari tu. Since dah terlewat pada hari tu aku drive 140kmh…huhu x tau la kene saman ke x… hopefully not.

Since, xde apa nak dirayakan pon tahun ni, aku n wife decided untuk bercuti n berehat. Since dia pon pregnant aku decide pergi PD je. So aku dh booking room Straits Suite kat Avillion Admiral Cove. Kat web tgk macam great place and so modern looking hotel. So tomorrow aku beraya kat PD!…wakaka….

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ;)

Raya nak dekat.

September 14, 2009 Tinggalkan komen

Lama jugak x menulis dalam blog ni. Btw hari ni result Exam KAP (Peperiksaan Kursus Asas Perkhidmatan LHDNM) keluar. Geng daripada Cawangan-cawangan ramai yang sudah tau result mereka dan masing-masing excellent. Dengar result mereka yang power-power menyebabkan aku tertekan untuk mengetahui result aku sendiri. Pagi-pagi lagi pegawai-pegawai JTM yang menduduki exam ini bulan Jun lepas merasai debaran menanti keputusan yang bakal diterima.

Keputusan exam ini amat penting kerana untuk sahkan jawatan perlu lulus 7 paper yang merangkumi Percukaian 1, Percukaian 2, Percukaian 3, Pentadbiran, ICT, Kewangan, dan Undang-Undang Umum.

Alhamdulillah, dengan berkat doa ibu-bapa, nenek dan isteri tercinta aku lulus semua paper tersebut. Syukur. Hilang terus debaran dan kerisauan aku selama ini. Hehe, berbaloi beli kotak besar untuk simpan buku-buku, notes dan pekeliling yang ada sebelum ini. Tak perlu la nk bukak balik kotak tersebut.

Hari Raya pon dah semakin hampir tiba, dan ini adalah pengalaman Aidilfitri yang pertama dengan isteriku dan keluarga baru. Aku sering dengar kata-kata daripada rakan-rakan sejawat yang mengatakan kampung aku dekat je kat Kajang, bini pon Klang sahaja. Namun begitu terasa juga kerumitan untuk memilih dan plan untuk beraya dimana.

Since atuk aku masih hidup, dan masa aku kawin haritue pon aku lom balik lagi ke kampung di Batu Pahat rasanya eloklah aku pulang ke Batu Pahat untuk membawa isteri aku ke sana. Kalau x balik apa pulak auntie-auntie kata. Keluarga isteri aku pon ada plan raya di sini. Rumit juga untuk membuat perancangan untuk memenangi hati semua pihak.

Walaupun ibu-bapa aku tinggal di Kajang, dan mertua di Klang. Namun begitu masih sukar untuk berada dua-dua tempat pada satu masa. Kata-kata yang mengatakan kampung dekat senang adalah amat tidak benar sekali.

Kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Tapi baki Ramadhan ini haruslah dimanfaatkan sebaiknya. InsyaAllah.

Categories: Aku

Jalan-jalan…

Ogos 11, 2009 Tinggalkan komen

Korang mesti pernah pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur. Kini taman tersebut dikenali sebagai KL Bird Park. Seingat aku, masa aku kecik je aku pergi kat taman tu. Nak jadikan cerita, nak refresh keadaan disana, aku ngan wife menjenguk ke Taman Burung pada ahad yang lepas.

Plan ahad haritu, selepas confirmkan pregnancy kat klinik nak singgah rumah auntie wife aku di bangi. Disebabkan klinik Az-Zahrah penuh sesak dengan pesakit dan auntie tiada di rumah, kami mengambil keputusan untuk terus ke taman burung dalam pukul 12.30 tgh hari..Ya tengah hari.

Masa umur aku masa budak kecik, rasanya amat seronok jalan-jalan ke taman burung. Seingat aku lerr. So aku nk tengok balik kawasan taman burung yang aku seronok betul pergi masa zaman kanak-kanak dahulu.

Actually, memang lama aku x pergi ke Lake Garden. Macam mana rupa lake gardens pon aku dah lupa. Tapi cukup la sekadar untuk singgah ke taman burung untuk kali ni. Bayaran masuk untuk warganegara (mykad) adalah rm15 dan pelancong asing agak mahal dalam rm40 kalau x silap. Rata-rata yang datang pon memang pelancong asing.

Mungkin mereka tertarik dengan perkataan World Largest free-flight Walk-in Aviary yang terpapar pada ruang masuk taman ini.

Read more…

Hi-hi, Bye-bye

celcommaxis

Untuk sekian lama aku terfikir untuk menukar daripada Maxis kepada Celcom menggunakan kemudahan MNP (Mobile number portability) Aku guna no maxis ni pon baru lagi sejak 2007 rasanya, dan guna postpaid since disember 2008 je. Before guna maxis ni mmg aku guna prepaid celcom, tapi masa study kat universiti ramai student yang menggunakan maxis, padahal maxis bukannya best sngt pon. Tadi baru selesai pergi celcom centre dengan bukit raja ni. Tengah tunggu proses MNP. Orang tu bagitau dalam masa 24 jam minimum sehingga 5 hari maksimum untuk proses pengalihan tersebut.

Kenapa aku tukar kepada celcom?..

1) Line maxis sekarang teruk, kekadang aku anto sms lambat sampai.

2) Malam-malam bila aku nak call untuk perkara penting leh lak network busy.

3) Paling penting line maxis sangat teruk di area rumah aku di Kajang, bayangkan kawasan bandar/perumahan macam tu pon maxis leh 1 –2 bar je sedangkan celcom dengan digi boleh dapat full bar.

4) Dengan celcom executive terasa la diri tu benar-benar executive kekkekekkekeke.

5) Dengan plan 5+1 aku dapat unlimited voice call, unlimited video call, unlimited sms, unlimited mms dengan wife aku. Sedangkan dengan maxis free call dia limited, mms pon x percuma.

Kesimpulannya, dengan celcom nanti aku dapat membuat panggilan pada kadar 15 sen pada sebarang nombor, berbanding maxis 12 sen no maxis dan 18 sen nombor selain maxis ;)

Categories: Aku, Telekomunikasi Label:,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.