Arkib

Archive for the ‘Kami’ Category

Rumah pertama kami…. part 1

Oktober 15, 2011 Tinggalkan komen

Tak tau bagaimana boleh terdetik untuk membeli rumah. Dengan keadaan harga rumah yang mahal dan sentiasa naik secara mendadak menyebabkan aku mengambil keputusan untuk membeli rumah.

Selama 2-3 minggu survey rumah yang sesuai mengikut kriteria kami iaitu harga yang berpatutan dan juga mudah ke cyberjaya/putrajaya dimana tempat kami berkerja. Dalam pencarian tersebut pada mulanya berminat untuk membeli di Taman Dahlia iaitu sebuah rumah semi d yang build up yang sederhana tetapi mempunyai ruang tanah yang agak luas dan harganya ok 290k. 2011-09-24 13.31.42

Pada mulanya wife mmg teringin sangat dengan rumah tersebut. Tetapi setelah membuat penilaian kawasan tersebut kami agak kurang berminat kerana terlalu dalam daripada jalan utama dan agak terpelosok. Concern kami adalah daripada segi keselamatan. Di kawasan salak tinggi ni kami terjumpa juga sebuah rumah teres 20 x 65 dgn harga 280k. Tapi setelah mendapati ianya tanah leasehold. Kami agak kurang berminat.

Maka pencarian diteruskan lagi di area semenyih dan juga kajang. Kawasan perumahan yang dituju adalah Hill Park Kajang Phase 2 dan juga Semenyih Pelangi 2 Phase 3. Setelah melawat Sales Gallery Hill Park tu kami amat tertarik dgn rumah disitu. Suasana sales gallery tu pon agak menarik berbeza sekali dengan pengalaman melawat sales gallery yang sebelumnya. Apabila mendapati harga rumah teres 20×70 disana agak mahal iaitu 363k terkedu juga dibuatnya. Namun begitu kami meletakkannya as wish list kami since beberapa kriteria dipenuhi antaranya tanah tersebut adalah freehold dan kawasannya tidak terlalu ke dalam dan suasana taman perumahan baru yang agak menarik dan terancang berbanding projek perumahan di Salak tinggi. Setelah melawat hill park kajang kami sempat juga menjenguk kawasan taman harmoni dan seterusnya pergi ke pelangi semenyih utk menjenguk rumah contoh disana kerana di hill park kajang belum ada rumah contoh dan pelangi semenyih boleh digunakan sebagai benchmark kerana ianya daripada pemaju yang sama.

Bersambung……..

Categories: Aku, Kami Label:

Kedai makan daripada POI Garmin?

Disember 13, 2009 Tinggalkan komen

Aku ngan wife selalu hari minggu makan dekat fastfood ngan cafe restaurant, mcm Nandos, Secret Recipe, McD, Burger King… Sekarang terasa boring n actually bazir je makan kat fastfood setiap minggu. So apa kata kita survey2 restaurant masakan melayu yang ada di dalam POI (Points of Interest) dalam NavSat (GPS) Garmin.

Bagaimana nak carik POI dalam Garmin?…

Senang je, mula-mula… pada menu utama pilih Where to?

217_thumb

Kemudian, pilih Points of Interest

 48_thumb

Lepas tu, pilih Food! … makan! makan! makan! haha

607_thumb

Oleh sebab aku duduk kat Klang (iaitu dimana kita berada semasa menggunakan GPS), Garmin akan memaparkan banyak kedai makan Cina!…siap ada Bak Kut Teh.. huhu….

69_thumb

Jadi kita kena tukar ke tempat lain, kali ini aku ngan wife nak gi makan kat Shah Alam… so kedai makan apa yg ada disana… pilih Near…

6072_thumb

Kemudian, kita pilih  A Different City .. dan masukkan Shah Alam 

80_thumb108_thumb

Ha, baru banyak kedai Melayu :) .. so minggu ni mari kita cuba kedai makan Paksu Corner!

135_thumb 400_thumb

Nanti aku buat review pasal Paksu Corner plak ;) insyaAllah.. gi makan dulu…

Salam Aidilfitri

September 22, 2009 Tinggalkan komen

 

Tahun ni aku x merasa kemeriahan raya sangat. Since rumah parent aku ngan mertua pon dekat. Kajang n Klang je. Dah memang hari-hari pon kat sini. Hehe. Malam Raya aku berbuka puasa di rumah auntie di sebelah rumah mertua aku. Makan nasi himpit ngan rendang ayam…Layan!.

Malam sabtu tu la aku ngan parent aku bergerak ke batu pahat. Guna jalan biasa dulu bila dah pukul 12 baru la masuk guna Highway Plus… 20% discount beb. Sampai batu pahat dalam pukul 2.30am…terus terlentang.. HeHe… Pagi raya macam biasalah bangun pagi, gosok gigi, mandi, sembahyang subuh… pergi ke masjid sembahyang hari raya.. memang xde apa yang luar biasa pon.. mmg rutin hari raya. Aku memang x rasa apa-apa kemeriahan.

Kemudian bersalaman hari raya, dan pergi ke rumah atok di batu pahat. ( oh yea aku tumpang tido rumah uncle sham since kitaorang gerak malam xmo kaco atok tdo). Lepas zohor aku dan isteri bergegas pulang ke Ibukota sebab ada makan2 raya rumah uncle (ayah ngah isteri aku panggil) … wooo best makan nasi dagang kat sana … sedap tol… x penah rasa nasi dagang sesedap tu… aku mmg x suka makan sangat nasi dagang. Huhu banyak bergerak my little debab car (saga blm) pada hari tu. Since dah terlewat pada hari tu aku drive 140kmh…huhu x tau la kene saman ke x… hopefully not.

Since, xde apa nak dirayakan pon tahun ni, aku n wife decided untuk bercuti n berehat. Since dia pon pregnant aku decide pergi PD je. So aku dh booking room Straits Suite kat Avillion Admiral Cove. Kat web tgk macam great place and so modern looking hotel. So tomorrow aku beraya kat PD!…wakaka….

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ;)

Jalan-jalan…

Ogos 11, 2009 Tinggalkan komen

Korang mesti pernah pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur. Kini taman tersebut dikenali sebagai KL Bird Park. Seingat aku, masa aku kecik je aku pergi kat taman tu. Nak jadikan cerita, nak refresh keadaan disana, aku ngan wife menjenguk ke Taman Burung pada ahad yang lepas.

Plan ahad haritu, selepas confirmkan pregnancy kat klinik nak singgah rumah auntie wife aku di bangi. Disebabkan klinik Az-Zahrah penuh sesak dengan pesakit dan auntie tiada di rumah, kami mengambil keputusan untuk terus ke taman burung dalam pukul 12.30 tgh hari..Ya tengah hari.

Masa umur aku masa budak kecik, rasanya amat seronok jalan-jalan ke taman burung. Seingat aku lerr. So aku nk tengok balik kawasan taman burung yang aku seronok betul pergi masa zaman kanak-kanak dahulu.

Actually, memang lama aku x pergi ke Lake Garden. Macam mana rupa lake gardens pon aku dah lupa. Tapi cukup la sekadar untuk singgah ke taman burung untuk kali ni. Bayaran masuk untuk warganegara (mykad) adalah rm15 dan pelancong asing agak mahal dalam rm40 kalau x silap. Rata-rata yang datang pon memang pelancong asing.

Mungkin mereka tertarik dengan perkataan World Largest free-flight Walk-in Aviary yang terpapar pada ruang masuk taman ini.

Read more…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.