Arkib

Archive for the ‘Automotif’ Category

EMAS

70837088

EMAS – Electrical Eco Mobility Advance Solution

Nice design n nice technology from lotus… x sabar tunggu new persona ngan rebadge Lancer plak. 2010 tahun yang menarik utk proton.

Emas_real_1 Emas_real_2 Emas_real_3 Emas_real_4 Emas

Categories: Automotif Label:, ,

Cuci..

Oktober 18, 2009 1 komen

Ahad 18/10/2009 10 pagi …

car3 

Hari ini aku nak testing premium car shampoo kononnya daripada Kit. Actually ramai yang x suka mencuci kereta sendiri kerana ianya memenatkan.. memang memenatkan pon. Tapi aku suka sebab sambil mencuci aku boleh mengeluarkan peluh aka exercise haha.

Target aku harini adalah kete aku sendiri yang x seberapa sebijik Saga dan kete wife seekor Kancil..hehe. Selama ni aku memang gemar guna produk Waxco cth macam gambar kat atas tu tyre shine walaupun aku x pernah pon selama ni shine kan tyre kete aku, baru beli tu ngehehe. Selalu basuh kete pon guna Waxco Wash & Shine. Tapi kali ni nk cuba brand Kit kononnya daripada USA tu… brand USA vs barangan Malaysia.

Target pertama :

DSCN1340

Korang nampak tak, menyental macam tu boleh buat kita exercise tanpa kita sedari.. haha..menyihatkan.

Hasilnya :

 

car4

Buntut kete yang berkilat haha.

Ok, mangsa seterusnya :

 

DSCN1345

Dan hasilnya, atap yang berkilat haha..

DSCN1358

Arghhh penat….biarkan mereka berehat…ke aku yang nk berehat?

DSCN1352

Komen : Brand Waxco Wash & Wax lagi memberangsangkan daripada brand Kit Car Shampoo ni. Simply because mmg car shampoo. Pada harga yang sama rm12 kita boleh dapatkan car shampoo yang menhasilkan kesan wax selepas membasuh. So bagi aku brand Malaysia Waxco Wash & Wax lagi berbaloi. Namun begitu hasil yang diberi selepas membasuh kete menggunakan brand Kit tidaklah begitu menghampakan.

Categories: Aku, Automotif

Rebat 20%

Oktober 4, 2009 Tinggalkan komen

Dulu aku pernah wat entry mengenai rebat 20% tol. Alhamdulillah, aku antara orang yang dapat menikmati rebat tersebut. Untuk bulan ni sehingga 26 September 2009 aku telah menggunakan khidmat lebuhraya bertol sebanyak 110 kali!… wahahhaa… dan jumlah rebat tol sehingga 26 Sept adalah RM49.24 (sistem dorang slow update transaksi).

Walaupun tidak semua dapat menikmati rebat ini, dan program ini seolah-olah macam boneka (x semua orang guna tol hari2 dan overall org lembah klang je dpt since sini bnyk tol!). Namun at least aku dapat rebat! hehe.

image

Categories: Aku, Automotif Label:

Myvi terbakar….

Oktober 4, 2009 Tinggalkan komen

Semalam, 3 Oktober 2009 semasa aku dalam perjalanan ke rumah auntie ada open house ada sebuah kereta myvi terbakar. Kejadian berlaku di jalan utama seksyen 19 shah alam yang menghala ke bulatan seksyen 20. Waktu adik aku yang nampak ada kebakaran. Dalam hati aku sure kete yang terbakar sbb kat jalan raya. Masa aku lalu kawasan tu kereta tu dah terbakar keseluruhan kereta dan meletup-letup. So ramai yang berhenti takut akan meletup dengan lebih dasyat lagi. Kereta bomba datang dalam 1 min kemudian. Nasib baik bomba dekat je dengan kawasan tu. Dengan bantuan bomba yang cekap dan pantas, api dapat dipadamkan dengan cepat. Kereta tu dah total loss..tinggal rangka je.

Berikut gambar yang aku tangkap menggunakan camera phone Samsung U800 aku.

Photo372 Photo373 Photo374 Photo375 Photo376 Photo377 Photo378 Photo379 Photo380 Photo381 Photo382 Photo383 Photo384 Photo385 Photo386Photo387

Actually kete ni terlanggar kete kancil sehingga hilang kawalan terbabas hingga melanggar pokok dan terbakar. Yang peliknya kedudukan kete kancil yang dilanggar dengan tempat kete myvi ni terbakar jauh tu…

Blog ni turut menceritakan keadaan yang sama http://farliana.blogspot.com/ dan terdapat gambar kete myvi ni tgh terbakar.

Categories: Aku, Automotif Label:

Perodua MPV D46T

Oktober 3, 2009 Tinggalkan komen

Berikut adalah kete perodua MPV (leaked picture). Bagi aku macam extended myvi je.. dashboard nampak cantik. Tapi Head Unit still macam model perodua lain xde function RDS. Wheelbase pon terlalu panjang. Mesti ride and handling teruk. 3rd row seat macam sempit.

More picture at http://auto-akasia.blogspot.com/

 

dsc00454 dsc00455 dsc00456 dsc00458 dsc00459 dsc00460 dsc00462 dsc01380 dsc01384 dsc01385 image002 image003 image004 image006

Categories: Automotif Label:, , ,

20 Percent Toll Rebate

September 4, 2009 2 comments

untitled88

Ingat x korang, Najib pernah umum rebat tol sebanyak 20% untuk pengguna Touch’N’Go yang berjaya menggunakan tol sebanyak 80 kali iaitu pada 3 Ogos yang lepas seperti dalam utusan ni. Aku tunggu gak bila bende ni nak mula, n bagaimana  nak dapatkan rebat ni?. Adakah secara automatik?. Adakah bila dah guna 80 kali, next tol terus dapat rebat?

Semua terjawab apabila aku buka website Touch’N’Go dan rupa-rupanya kita perlu mendaftar disini (privilege.touchngo.com.my) untuk membolehkan kita mendapatkan rebat sebanyak 20% jika menggunakan lebih daripada 80 kali transaksi tol. Kalau x register jangan harap la nak dapat rebat (kot). Rebat tu pulak xde la secara automatik dapat pada kad touchngo, kita perlu datang ke Faber Towers atau KL Sentral ataupun di Pusat Jualan kat Highway tu.

Untuk pengetahuan korang program ini baru bermula pada 1 September yang lepas. Jadi korang yang kerap menggunakan touch’n’go untuk membayar tol tu segeralah mendaftar. Atau hubungi 03-7628 5115 untuk maklumat lanjut.

Saga…oh Saga…

Ogos 15, 2009 Tinggalkan komen

baru-baru ni aku anto major service kete saga aku iaitu 23,000km.. dan genaplah juga setahun aku menggunakan saga. Cepat je masa berlalu. So selama setahun menggunakan saga alhmadulillah tiada sebarang masalah.. power window pon ok. Kualiti proton memang banyak improve jika dibandingkan semasa zaman waja dikeluarkan dulu.

Jadi sebagai pengguna saga selama setahun ni, aku ingin berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan saga ni. Dan aku amik myvi cousin aku sebagai comparison.

1) Dari segi penggunaan minyak. Mula-mula masa awal-awal penggunakan kete ni, minyak agak kuat (engine break-in period) ramai yang kata sebab piston belum terhakis, geseran bnyk. Tapi lepas service yang pertama dan servis-servis yang seterusnya fuel consumption untuk saga semakin baik, iaitu avg 360 – 400 km untuk rm50 (minyak rm1.80) dengan pemanduan 60% highway (100kmh – 140kmh) dan 40% city. Bagi aku okla penggunaan minyaknya sebab aku memang suka lenjan acceleration selalu tukar gear bila 4k rpm. Oh ye, kete saga aku ni saga manual. Daripada pembacaan di forum fuel consumption untuk saga auto agak terus sket. Nama pon auto. Bagi myvi mungkin lebih menjimatkan sebab ada DVVT. Viva x yah compare la memang menjimatkan habis sebab engine kecik dan body yang ringan.

2) Ruang yang luas, Kalau dibandingkan dengan myvi yang berharga lebih mahal..

Interior width

Myvi : 134cm

Saga: 134cm

Interior Length

Myvi: 188cm

Saga:  202cm

Bootspace pon besar :

Myvi: 225litre

Saga: 413litre

3) Pemanduan yang stabil

Dengan kelajuan 140kmh pemanduan masih stabil tanpa shaking. Jika dibandingkan dengan myvi dengan kelajuan yang sama sudah terasa streering shaking dan bouncy. Mungkin disebabkan oleh kerb weight myvi yang ringan dan streering yang lembut. Saga pula yang pemanduan yang ditune oleh Lotus, memang terasa seronok memandunya apabila mengambil selekoh terasa sharp dan stabil. Semasa pemanduan di lebuhraya streering tidak terasa gegar disebabkan steeringnya yang lebih berat apabila memandu laju.

4) Prestasi enjin

Dari segi prestasi, campro iafm ni memang dapat memecut dengan pantas apabila melepasi 2k-3k rpm. Terasa torque nya. Namun jika dibandingkan dengan myvi, yang mempunyai DVVT myvi lebih pickup kerana berat body yang lebih ringan. Jadi myvi lebih sesuai dijadikan city car kerana lebih pickup. Namun begitu DWB (Drive By Wire) yang proton gunakan menyebabkan sedikit lag semasa menekan minyak kereta. Namun atas pengalaman aku lag ni lama-lama semakin hilang apabila mileage meningkat mngkin kerana ECU kereta sudah tune cara kita memandu.

Berikut adalah spec engine bagi kedua-kedua kereta tersebut :

Total Engine Capacity (cc) : Myvi(1298) vs Saga(1332)

Horsepower(hp)  both at 6000RPM : Myvi(85.8) vs Saga(94)

Torque (Nm) : Myvi (116@3200rpm) vs Saga(120@4000rpm)

horsepower/weight ratio (hp/kg):  Myvi(0.089) vs Saga(0.088)

5) Sistem audio

Sistem audio saga memang best, player Clarion mengeluarkan bunyi bass dan treble yang sedap yang turut dilengkapi dengan RDS (Radio Data System) membolehkan kita mendapat info radio apa yang didengar. Speaker yang diletakkan sebanyak 4 speaker juga mengeluarkan alunan bunyi yang sedap. Jika dibandingkan dengan myvi system audionya agak boring. Bunyi bass yang tiada langsung kedengaran, treble yang tidak clear yang banyak dengaran adalah bunyi vocal sahaja. Player pon tidak dilengkapkan dengan fungsi RDS dan button2 yang besar yang bagi aku macam pelik.

6) Aircond

Aircond saga sejuk!!… cepat sejuk dan sapa yang suka sejuk memang sesuai guna saga. Distribution aircond around the car pon better. Myvi aircond dia lambat sejuk.

Begitulah celoteh aku pasal kete untuk kali ini, aku hanya memberikan pendapat aku tentang kete saga yang dipandu dan kete myvi yang dicuba pandu. Namun masing-masing mempunyai kriteria masing-masing dan citerasa masing-masing dalam memilih kereta pilihan mereka.

Sekian, Terima Kasih.. Haha

Untuk sesiapa yang ingin membeli kereta dan masih tidak dapat memilih sama ada myvi atau saga aku terjumpa satu info yang diberikan oleh CyberKewl (lowyat forumer yang menggunakan kedua-dua kereta myvi dan saga). Mungkin info ini dapat membantu korang membuat pilihan :

Read more…

Categories: Automotif Label:, , , ,

Satria Neo CPS

Februari 13, 2009 14 comments

Hari ini proton melancarkan Proton Satria Neo H-Line model yang menggunakan enjin berkuasa tinggi baru iaitu Campro CPS. Enjin Campro CPS ini mempunyai kuasa kuda sehingga 125bhp pada 6500 rpm dan 150Nm torque pada 4,500 rpm berbeza pada enjin Campro biasa iaitu 110bhp dan 148Nm. Perbezaan lain adalah pada bumper depan dan belakangnya dan juga wheel arch ala-ala Satria GTi. Warna hanya ada 2 pilihan iaitu hitam dan juga putih. Interior dalaman juga menarik dengan kemasan dashboard hitam gelap, seat kulit dengan trim merah. Harga Satria Neo CPS ini adalah dari RM 57,313.00 – RM 60,763.00. Berikut adalah gambar-gambar Satria Neo CPS yang kacak.

p1010428

Read more…

Categories: Automotif Label:, ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.