Bajet kali ini ada yang bagus dan ada yang aku tidak setuju. Contohnya pasal caj rm50 setahun kepada pelanggan kad kredit. PM ada mengumumkan caj rm50 setahun akan dikenakan untuk menggalakkan perbelanjaan berhemah…”
* To promote prudent spending, a service charge of RM50 a year to be imposed on each principal credit card and charge card; and RM25 a year on each supplementary card, effective from Jan 1, 2010.”
Kini pengguna kad kredit adalah berjumlah 11 juta dengan mengenakan caj rm50 kerajaan akan memperoleh pendapatan sebanyak 550 juta ringgit. Sekiranya dalam market ada 50% kad kredit utama dan 50% kad kredit tambahan, Kerajaan akan memperoleh pendapatan daripada kad kredit sebanyak RM412.5 juta setahun dan RM14.25 juta daripada kad caj. Semuanya berjumlah RM426.75 juta setahun.
Hmm aku confuse apa kaitan perbelanjaan berhemah dengan kenaan caj rm50 setahun kepada pemegang kad kredit. Macam la dengan adanya caj rm50 setahun ni pengguna xkan swipe sehingga credit limits?. Rasa jika benar kerajaan ingin membendung masalah hutang yang tinggi, caj rm50 tersebut haruslah dikenakan kepada kad kredit kedua dan seterusnya sahaja. Since ini boleh mengurangkan jumlah kad kredit yang dimilikki oleh seseorang rakyat Malaysia. Seperti yang dilakukan oleh negara jiran kita, mereka menghadkan jumlah kad kredit yang boleh dilanggan oleh seseorang. Masalah hutang kad kredit pon tak kritikal seperti apa yang PM katakan pada dada2 akhbar baru-baru ini : Hutang Kad Kredit Tidak Kritikal – Najib. Ini menunjukkan rakyat Malaysia bijak menggunakan kad kredit.
Kad Kredit sebenarnya mempunyai banyak kelebihan jika pandai menggunakannya, kerana bnyak kad kredit yang memberi rebat, mata ganjaran, perlindungan insurans, penerbangan dan sebagainya yang kita sebagai pengguna yang bijak dapat grab daripada apa yang mereka offer. Dulu aku x amik pusing pon pasal kad kredit, x teringin pon dalam hidup nak memilikkinya.. Tapi haritue aku apply sbb nk booking hotel utk holiday n since dat aku baru tau credit card adalah satu instrumen bayaran yang memudahkan dan banyak benefits yang boleh kita dapat dengan melanggannya.
Macam aku skrang menggunakan 2 kad kredit islamik..Kenapa 2?… sebab different cards serve different purposes. Satu kad tu memberikan rebat minyak sebanyak 2% setiap bulan dan satu kad lagi memberikan points kepada setiap ringgit pembelian melalui kad kredit.
Nampaknya ramai yang menikmati kemudahan dengan pelbagai kad kredit yang mereka ada akan merungut dengan bajet kali ini. Sebab kad kredit sekarang ni dah macam points kad, dan diskaun kad. Bukannya sebagai kad hutang sangat. Macam aku pon guna kad kredit sebagai instrumen bayaran bkn sebagai kemudahan berhutang.
Sejak adanya kad kredit ni aku memang jarang sangat pergi ke ATM machine dan mengisi minyak pon dah x ke kaunter. Macamana nak kawal perbelanjaan?… lihat saja pada statement secara online.. ni zaman cyber semua pon online..bayar pon online, fast n easy. CIMBClicks kan ada … swipe hari ini..bayar esok secara online…duit kita kini dalam bentuk nombor2…bkn cash hehe.
Hmm…maka nya lepas ni xde lagi la maknanya pon kalau kad tu Free For Life!!!….. Gov pulak caj kita annual fees….
Apa kata pengguna kad kredit yang lain? Berikut adalah kata-kata yang aku ambil daripada forum lowyat.net :
PS. I have cards at 5 banks. I pay my CC bills promptly. If I go abroad for work, I may need RM10k to RM15k. I don’t want to use cash so that is why I need a few credit cards at least so that I can spend first and pay when my employer reimburse me. – Eugenet
Obviously our 1PM wants to collect money from us, coz the taxes of alcohol and cigarette are already high, he needs to look for alternative , ended up credit card has been targeted. – HiT-Able
There are no justification to claim that their purpose is so noble as to help reduce debts by cardholders as in reality those with debts will only find that it add on to their burden ie. akin to taking more $ from the beggar’s bowl. – tgeoklin
i use cc to earn money ok? i one month sign over 30k and i everymonth settle my payment, the cash back i get is enough for my break1st + lunch for one month – lvd
As for credit card taxes, I ok with it. It may actually benefit card holders as issuers have to improve and offer more benefits to the card holders to keep their customers. But I think the government made a wrong move here, a lot of CC sales people are going to be affected and it will definitely not reduce CC debt – Gen-X
i just apply my credit card, now i have to cancel it..bad decision from the government. – love.beginner
Uh the RM50 thing on credit card is stated as a government service tax. I think that means it’s taxed by government? Sounds like a government’s idea to tax the moderate to higher income rakyat. Can’t they at least limit it to the second card and so on. Having at least one credit card is useful and beneficial. – tgrrr
Wah! Najib really living up to his 1Malaysia vision la. He wants to rub off his enthusiasm on us by encouraging us to preach 1CreditCard. To do this, he imposes fees on all credit cards. Naturally people will reduce their cards to one or two, thus realising the 1CreditCard way of life and the bigger 1Malaysia vision.
kekekekeke. – simplesmile
by using credit card doesn’t mean that we simply spend. in fact, smart consumer can use credit card and get privilege from it. unwise act – hebe87
How does it work. To encourage prudent spending… You levy a RM50 Charge. Would not a limit on how many cards on maximum credit limit on all cards be better than charging a service tax. Pardon me, but what service is being provided? Thought Govt. is promoting more cashless transactions. This seems contradictory and discouraging private spending… – pc84
dan komen yang agak menarik dan membina :
Don’t take the news negatively. Although I would admit that the public reacted negatively to this idea several years back when it was implemented, what was visible was how banks very going all out to make sure service levels were good. Customers suddenly became choosy coz they don’t want to simply hold too many cards and banks have no choice but to make the customers happy all round. You have excellent CS, good products and attractive promotions abound.
And it was easier to do so back then coz you don’t see people holding to an absurd amount of cards back then. Banks with bad cc products were quickly ignored by the public and the banks have no choice but to relook at their products and make it better.
One more thing … we may the only country in this world doing this but seriously I have been to countries where credit card usage is just beyond control / living on credit. All it takes for the economy to go wrong and everyone’s life just went topsy turvy – we should learn from that and avoid that scenario. Even at the expense of making a lot of people unhappy coz they have to cancel their credit cards.
Oh well … I don’t work for the banks. (Just a disclaimer) – hye
Btw, pelepasan diri ditingkatkan kepada RM9,000 dan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26% aku sambut dengan baik. Tapi efek la pada kutipan cukai LHDN nnti..Hmm hmm…. Pelepasan Rm500 utk langganan broadband setahun juga aku sambut dengan baik…
Xpe la gov tarik yang ni, bagi yang tu …betul x? hehe
Berikut ialah ringkasan budget 2010 yang baru sahaja selesai dibentangkan:
- Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan boradband
- Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini
- Pemberian Biasiswa Nasional kepada 30 orang yang terbaik diseluruh Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Izajah di universiti tersohor di dunia
- Peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama mulai tahun 2010 akan ditukarkan pinjaman kepada biasiswa
- Diskaun 50% kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas bagi menggunakan keretapi jarak jauh dengan KTMB
- Pelajar boleh memperoleh netbook dengan langganan broadband dengan kadar RM50 sebulan selama 2 tahun. Package ini lebih murah daripada kadar di pasaran. Keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun 1 universiti keluarga berpendapatan rendah. Buat permulaan Telekom akan menawarkan kepada 100,000 pelajar
- LRT (Kelana Jaya-Taman Melati) akan ditambah dengan 35 unit tren
- Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina di Gombak bagi mengurangkan kesesakan di bandar
- Skim insurans / takaful asas bagi motor akan diperkenalkan bagi mempercepatkan claim dan kadarnya dijangka tidak akan membebankan rakyat
- Syarikat yang tersenarai akan memperkenalkan e-Dividen kepada pemegang saham bagi meningkatkan kemudahan pembayaran. Syarikat broker diberi pilihan untuk memperkenalkan e-Payment bagi membuat dan menerima pembayaran
- Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. Pemegang kad kredit pada Ogos 2009 ialah 11 juta
- Kerajaan akan mengenakan RM10,000 bagi setiap AP kepada pemegang AP terbuka.
- Sistem Pengurusan Subsidi bagi petrol akan diperkenalkan pada awal 2010, untuk memberi hanya kepada yaang memerlukan dengan menggunakan infrastuktur yang sedia ada dan MyKad
- Kadar elaun bagi Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditingkatkan daripada RM50 sebulan kepada RM150 sebulan bagi yang bersekolah di sekolah khas – ianya melibatkan 4,000 pelajar OKU
- Bagi pencarum EPF yang memilih caruman sebanyak 8%, boleh memilih untuk meningkatkan kembali kepada 11% berkuat kuasa serta merta
- Bagi assessment 2010, cukai individu maksima akan diturunkan daripada 27% kepada 26%
- Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun
- Semua Jabatan dan Kementerian di bawah kerajaan dikehendaki menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukan RM200,000 bagi setiap jabatan / kementerian
Teks Ucapan penuh boleh didapati dari Treasury