Bonus dan tunggakan gaji…Acer Aspire 4551
Alhamdulillah merasa lagi bonus untuk tahun ni, plan nk gi jalan-jalan ke Langkawi tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan HeHe.. Duit bonus kali ni selain disimpan di Tabung Haji, turut disumbangkan kepada syarikat Insurans Allianz…Duhh!.. roadtax sudah habis.. tayar pon dh hampir botak tapi tu tukar next month…ada lagi bunganya.
Oleh sebab tak jadi pergi ke Langkawi aku pi beli Laptop Haha…Acer Aspire je..lagipon laptop Acer yang lama nk bagi adik guna bwk gi Universiti. So kali ni aku buat review sket tentang laptop yang aku beli. Harganya berpatutan dan prestasinya tidak menghampakan walaupun harganya yang murah. Dengan harga RM1799 ianya dilengkapi dengan pemproses AMD Athlon II X2 2.1Ghz, 2GB RAM, ATI Mobility Radeon HD 4250, 320GB Hard disk, 1.3 MP Webcam Camera dan juga preloaded dengan Microsoft Windows 7 Home Premium 64bit. Terdapat juga opsyen tanpa Windows dengan harga rm1499 tapi hanya dilengkapi dengan 1GB RAM.
Aku beli kat lowyat dpt harga rm1750 dengan goodies2 = cooler, headset, mouse, mouse pad, lcd cleaner, keyboard protector, kensington lock, dan juga headset+mic. Tapi sbb bayar guna kad kredit jadi rm1780. Hmm actually salah tu, mana leh interest kat customer plak.
Daripada segi performance ok, responsive dan seperti laptop AMD yang lain gfx semestinya mantap dengan ATI Radeon gfx. Tidak pada kebanyakkan laptop Intel yang selalunya hanya dilengkapi dengan Intel Integrated gfx yang biasanya tidak terlalu kuat. Laptop ini turut juga dilengkapi dengan port HDMI yang boleh dihubungkan kepada TV HD untuk menonton movies HD atau sebagainya.
Dari segi ketahanan baterinya oleh sebab ini adalah entry level laptop, dan bukan thin n light series baterinya hanya tahan 3 jam. Mula2 nk beli HP Thin n Light Series tapi harga rm2500… sakit gak sbb simpan duit dalam tabung haji lagi elok.
Kebanyakkan orang takut nak beli laptop processor AMD kerana takut panas. Apa yang aku dapat katakan laptop Acer Aspire 4551 amat senyap dan tidak panas . Oleh sebab itu, tiada masalah untuk menggunakannya di atas katil sambil baring-baring melayan facebook.
Jadi dengan harga rm1499 tanpa windows dan rm1799 dengan windows ianya berbaloi untuk dimilikki dengan rekabentuk yang menarik dan prestasi yang mengagumkan bagi kelasnya.


