Hmm… Netbook kini mula menjadi satu trend baru dalam dunia digital dan telekomunikasi. Ia mula diperkenalkan oleh Asus dengan model EePc mereka. Oleh kerana mendapat sambutan yang hangat daripada pengguna, syarikat-syarikat pengeluar komputer berlumba-lumba memperkenalkan model netbook mereka. Brand apa yang menjadi pilihan hati korang?.. Apa kata korang nantikan Netbook Nokia… Ya, Betul Nokia.
Nampaknya Nokia juga tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan model netbook mereka. Sesuai dengan ciri-ciri netbook itu sendiri yang sering digunakan untuk melayari web Nokia memperkenalkan Nokia Booklet 3G.
Apa yang menariknya Nokia Booklet 3G ini berbanding dengan netbook2 yang sedia ada dipasaran?
Pertamanya designnya yang amat menarik dengan finishing aluminum.
Kemudian, sebagai pengeluar no 1 telefon selular dunia, sudah tentu netbook ini dilengkapi dengan 3G termasuk WIFI b,n,g dan Bluetooth. Ia juga dilengkapi dengan AGPS.
Yang amat menariknya tentang netbook ini, ianya hanya seberat 1.25kg dan baterinya boleh tahan sehingga 12jam … wow.
Now we’re talking… begitulah tagline syarikat prepaid terbaru daripada Tune Talk iaitu syarikat telekomunikasi daripada Tune Group Company, syarikat yang sama yag memilikki Tune Hotel. Untuk pengetahuan korang chairman Tune Group ni adalah orang yang sama memiliki Air Asia yang tidak asing lagi Datuk Seri Tony Fernandes.
Seperti U-Mobile, Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi MVNO iaitu mobile virtual network operator yang tidak mempunyai coverage sendiri. Mereka menggunakan rangkaian celcom 2.5G dalam menyediakan servis kepada pelanggan mereka dan menggunakan prefix 010.
Apa kelebihan menggunakan Tune Talk prepaid ni??
Antara kelebihannnya adalah panggilan 0.22 sen seminit ke sebarang nombor telco di Malaysia ini. Tak kisah la prefix dia apa. 012, 013, 014, 016, 017, 018 , 019 dan 010 semuanya 0.22 sen seminit. Caj sms nya pula adalah 5 sen sahaja. Murah juga.
Selain itu caj IDD lebih murah sebanyak 10% daripada pesaing-pesaing telco yang lain. Bukan itu sahaja, pelanggan Tune Talk boleh menikmati penerbangan Air Asia secara percuma serta insurans percuma. Pengguna juga boleh memilih nombor kegemaran mereka semasa mendaftar secara online.
Dengan adanya Tune Talk prepaid ini, pastinya akan berlaku perang harga dengan Hotlink dan juga Digi Prepaid.
Merujuk kepada post aku sebelum ini, akhirnya no telefon aku sudah berjaya port kepada celcom. Cepat juga rupanya, apply pukul 9.30 pagi settle dlm pukul 5 ptg. Oleh sebab aku berjaya port maxis kepada celcom makanya aku nak share langkah-langkah untuk MNP ngan korang. Untuk MNP ni korang perlu lah datang ke customer centre telco yang ingin korang guna. Contoh macam aku nk port kepada celcom, so aku kena la datang ke celcom centre. Kalau xde masa untuk datang ke customer centre telco yang berkaitan, korang boleh juga apply MNP melalui web berikut :
Lepas korang berjaya apply MNP untuk port kepada telco pilihan korang, korang akan diberi sim card yang baru. Setelah itu tunggu sms daripada current telco korang, dalam kes aku maxis la. Contoh sms berbunyi bergini :
We acknowledge your request to move. Thank you for being with Maxis and we hope to serve you again in the future. For further queries, please call 1800 821 123
Dah dapat sms seperti berikut daripada telco korang, sms daripad telco yang korang ingin port plak menyusul kemudian. Contohnya :
Dear customer, your Celcom port request has been accepted & activation is in progress. Please wait for SMS confirmation to change SIM card within 24 hours. TQ.
Ha lepas dapat mesej macam tu, maknanya nombor korang tengah diproses untuk ditukarkan kepada telco baru sehingga la dapat sms seterusnya seperti berikut diterima :
Congratulations!Your Celcom service has been activated.Pls insert your Celcom SIM card now to start enjoying the Fastest Network, Widest Coverage & Best Rates
Cabut simcard telco lama, masukkan simcard telco baru walllaaaa….anda sudah menggunakan telco baru dengan menggunakan no telefon yang sama
Untuk sekian lama aku terfikir untuk menukar daripada Maxis kepada Celcom menggunakan kemudahan MNP (Mobile number portability) Aku guna no maxis ni pon baru lagi sejak 2007 rasanya, dan guna postpaid since disember 2008 je. Before guna maxis ni mmg aku guna prepaid celcom, tapi masa study kat universiti ramai student yang menggunakan maxis, padahal maxis bukannya best sngt pon. Tadi baru selesai pergi celcom centre dengan bukit raja ni. Tengah tunggu proses MNP. Orang tu bagitau dalam masa 24 jam minimum sehingga 5 hari maksimum untuk proses pengalihan tersebut.
Kenapa aku tukar kepada celcom?..
1) Line maxis sekarang teruk, kekadang aku anto sms lambat sampai.
2) Malam-malam bila aku nak call untuk perkara penting leh lak network busy.
3) Paling penting line maxis sangat teruk di area rumah aku di Kajang, bayangkan kawasan bandar/perumahan macam tu pon maxis leh 1 –2 bar je sedangkan celcom dengan digi boleh dapat full bar.
4) Dengan celcom executive terasa la diri tu benar-benar executive kekkekekkekeke.
5) Dengan plan 5+1 aku dapat unlimited voice call, unlimited video call, unlimited sms, unlimited mms dengan wife aku. Sedangkan dengan maxis free call dia limited, mms pon x percuma.
Kesimpulannya, dengan celcom nanti aku dapat membuat panggilan pada kadar 15 sen pada sebarang nombor, berbanding maxis 12 sen no maxis dan 18 sen nombor selain maxis