Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Sabda Rasulullah bermaksud: “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu.” (HR At-Thabrani)
Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan mengenai balasan kepada mereka yang berasa amat sukacita dengan kedatangan Ramadan, iaitu dengan sabdanya bermaksud: “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk ke dalam semua pintu neraka.” (HR Baihaqy dan Ibnu Majah)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Alhamdulillah, kita diberikan kesempatan sekali lagi oleh Allah S.W.T untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini. InsyaAllah 22 Ogos ni bermulalah ibadat puasa yang wajib kita lakukan dan ibadat-ibadat lain seperti solat terawikh yang tidak dapat dilakukan selain di bulan Ramadhan. Kesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada korang semua muslimin dan muslimat di seluruh 1 Malaysia.
Teringat kat Allahyarham Ustaz Asri, dia pernah nyanyi lagu bertajuk Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Arwah Ustaz Azri kalau takbir raya..merdu dan syahdu. Raya tahun ni mcm mana…. mmmm
Bulan ramadhan adalah bulan yang istimewa….
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.
(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua.. InsyaAllah

