Ptptn.
Hutang ptptn aku belum lagi dilangsaikan, adakalanya x bayar certain-certain bulan yang mengakibatnya dia meningkat balik. Tensyen.
Tapi yang menambahkan tensyennya, sistem e-fes dorang pon x berapa stabil. Nak suruh orang bayar tapi sistem e-fes dengan pembayaran fpx dorang pon tak berapa nk ok. Nak bayar melalui CIMBClicks pon aku lupa no rujukan yang diorang minta, kena tengok balik surat. Aku tak tau apa masalah e-fes x boleh update terus pembayaran melalui fpx sekarang ni, asyik kuar error je. X macam dulu terus update x kuar error daripada MEPS, dulu ok je kenapa sekarang problem. Jadi kena la tunggu 3 hari berkerja baru masuk dalam lejer.
Semalam aku nak bayar kuar error ni plak, hmm orang tak bayar nak amik tindakan la larang gi luar negara la… Mohon orang ptptn tingkatkan kestabilan dan kualiti sistem online mereka.




