Garmin vs Wayway Papago!
Sejak menggunakan GPS navigator ni, memang memudahkan aku untuk ke sesuatu tempat itu. Lagi-lagi musim perkahwinan ni, aku just set dalam garmin dan terus pergi ke tempat yang dituju dengan mudah, tak perlu lagi utk lihat2 peta dalam Google Earth atau Google Maps. Baru-baru ini wife aku pergi ke suatu tempat dan apabila dalam perjalanan pulang dia tersesat dan mengambil masa yang lama utk sampai ke rumah walhal kami dah berjanji untuk pergi ke suatu tempat selepas itu. Jadinya aku pon membeli satu GPS yang menggunakan software Papago! yang berjenama daripada taiwan iaitu Wayway. Dengan harga istimewa akhir tahun rm499 ia dilengkapi dengan map 3D, Lane Assist dan Junction View…. wow…
Jadi kali ini aku ingin buat review dan comparison antara brand terkenal Garmin dan brand taiwan Wayway ni.
Dari segi harga Garmin nuvi 255w yang aku beli berharga rm750 yang aku rembat dekat PCFair haritu dan Wayway Q4331 aku beli dekat M3Shoppe.com dengan harga istimewa rm499 sebab dorang distributor. Jadinya betul ke harga yang lebih mahal lebih berbaloi daripada harga yang murah?

