Arkib

Posts Tagged ‘celcom’

Tune Talk | Now we’re talking!… prepaid baru

Ogos 20, 2009 Tinggalkan komen

image

Now we’re talking… begitulah tagline syarikat prepaid terbaru daripada Tune Talk iaitu syarikat telekomunikasi daripada Tune Group Company, syarikat yang sama yag memilikki Tune Hotel. Untuk pengetahuan korang chairman Tune Group ni adalah orang yang sama memiliki Air Asia yang tidak asing lagi Datuk Seri Tony Fernandes.

Seperti U-Mobile, Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi MVNO iaitu mobile virtual network operator yang tidak mempunyai coverage sendiri. Mereka menggunakan rangkaian celcom 2.5G dalam menyediakan servis kepada pelanggan mereka dan menggunakan prefix 010.

Apa kelebihan menggunakan Tune Talk prepaid ni??

Antara kelebihannnya adalah panggilan 0.22 sen seminit ke sebarang nombor telco di Malaysia ini. Tak kisah la prefix dia apa. 012, 013, 014, 016, 017, 018 , 019 dan 010 semuanya 0.22 sen seminit. Caj sms nya pula adalah 5 sen sahaja. Murah juga.

Selain itu caj IDD lebih murah sebanyak 10% daripada pesaing-pesaing telco yang lain. Bukan itu sahaja, pelanggan Tune Talk boleh menikmati penerbangan Air Asia secara percuma serta insurans percuma. Pengguna juga boleh memilih nombor kegemaran mereka semasa mendaftar secara online.

Dengan adanya Tune Talk prepaid ini, pastinya akan berlaku perang harga dengan Hotlink dan juga Digi Prepaid.

Maklumat lanjut : TuneTalk

Hi-hi, Bye-bye

celcommaxis

Untuk sekian lama aku terfikir untuk menukar daripada Maxis kepada Celcom menggunakan kemudahan MNP (Mobile number portability) Aku guna no maxis ni pon baru lagi sejak 2007 rasanya, dan guna postpaid since disember 2008 je. Before guna maxis ni mmg aku guna prepaid celcom, tapi masa study kat universiti ramai student yang menggunakan maxis, padahal maxis bukannya best sngt pon. Tadi baru selesai pergi celcom centre dengan bukit raja ni. Tengah tunggu proses MNP. Orang tu bagitau dalam masa 24 jam minimum sehingga 5 hari maksimum untuk proses pengalihan tersebut.

Kenapa aku tukar kepada celcom?..

1) Line maxis sekarang teruk, kekadang aku anto sms lambat sampai.

2) Malam-malam bila aku nak call untuk perkara penting leh lak network busy.

3) Paling penting line maxis sangat teruk di area rumah aku di Kajang, bayangkan kawasan bandar/perumahan macam tu pon maxis leh 1 –2 bar je sedangkan celcom dengan digi boleh dapat full bar.

4) Dengan celcom executive terasa la diri tu benar-benar executive kekkekekkekeke.

5) Dengan plan 5+1 aku dapat unlimited voice call, unlimited video call, unlimited sms, unlimited mms dengan wife aku. Sedangkan dengan maxis free call dia limited, mms pon x percuma.

Kesimpulannya, dengan celcom nanti aku dapat membuat panggilan pada kadar 15 sen pada sebarang nombor, berbanding maxis 12 sen no maxis dan 18 sen nombor selain maxis ;)

Categories: Aku, Telekomunikasi Label:,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.