Arkib

Posts Tagged ‘PPN’

Persiapan….Ooh Part 2

April 9, 2009 Tinggalkan komen

Hari ini aku amik cuti untuk cek darah drp HIV dan juga urusan permohonan perkahwinan. Less than 2 months baru terhegeh2 nak buat. Keh3. Walaupun keje banyak kat opis kene siapkan hari jumaat petang, terpaksa gak la amik cuti sebab dah janji ngan saksi untuk pergi jumpa PPN ( penolong pendaftar nikah) hari khamis.

Pagi-pagi lagi pukul 8.00 aku pergi ke Klinik Kesihatan Semenyih untuk buat ujian HIV. Setibanya disana dengan bersemangat aku pon pergi ke kaunter pertanyaan.

“Saya nak buat saringan HIV” … akak tu jawab : “Saringan petang dik” …

Duhh, petang plak ke, then aku tgk la list yang dia bagi. Klinik yang ada hari khamis kat Beranang, dan Bangi. (Daerah Hulu Langat). So 2 ptg aku gagahkan pula ke Klinik Bangi.

“Saya nak buat saringan HIV… akak tu jawab : dah 30 org.. kuota 30 org satu hari. Panas dik, musim kawin..

Duhh… plak dah…haha cepat2 aku call PK Semenyih… then terus gi sana… dlm pukul 3 siap test dan keputusannya adalah :

 09-04-09_22451

Negatif… bersih….Alhamdulillah.

Seterusnya, pegi plak Masjid Kajang bersama saksi untuk mencari PPN. Tgk pejabat dah tutup. Pegi lak PAID, terus dptkan nama Penolong Pendaftar Nikah, bila call .. wife dia cakap keluar lak.. dalam pukul 6 camtu baru dapat call Tuan Haji tu dan alhamdulillah borang 1A aku sudah beliau sokong. Tapi dah pukul 6 x sempat nak anto ke PAID…

Ooh…kene mintak cuti lagi la ni….

Categories: Aku Label:, , ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.