Dulu aku pernah wat entry mengenai rebat 20% tol. Alhamdulillah, aku antara orang yang dapat menikmati rebat tersebut. Untuk bulan ni sehingga 26 September 2009 aku telah menggunakan khidmat lebuhraya bertol sebanyak 110 kali!… wahahhaa… dan jumlah rebat tol sehingga 26 Sept adalah RM49.24 (sistem dorang slow update transaksi).
Walaupun tidak semua dapat menikmati rebat ini, dan program ini seolah-olah macam boneka (x semua orang guna tol hari2 dan overall org lembah klang je dpt since sini bnyk tol!). Namun at least aku dapat rebat! hehe.


Ingat x korang, Najib pernah umum rebat tol sebanyak 20% untuk pengguna Touch’N’Go yang berjaya menggunakan tol sebanyak 80 kali iaitu pada 3 Ogos yang lepas seperti dalam utusan ni. Aku tunggu gak bila bende ni nak mula, n bagaimana nak dapatkan rebat ni?. Adakah secara automatik?. Adakah bila dah guna 80 kali, next tol terus dapat rebat?
Semua terjawab apabila aku buka website Touch’N’Go dan rupa-rupanya kita perlu mendaftar disini (privilege.touchngo.com.my) untuk membolehkan kita mendapatkan rebat sebanyak 20% jika menggunakan lebih daripada 80 kali transaksi tol. Kalau x register jangan harap la nak dapat rebat (kot). Rebat tu pulak xde la secara automatik dapat pada kad touchngo, kita perlu datang ke Faber Towers atau KL Sentral ataupun di Pusat Jualan kat Highway tu.
Untuk pengetahuan korang program ini baru bermula pada 1 September yang lepas. Jadi korang yang kerap menggunakan touch’n’go untuk membayar tol tu segeralah mendaftar. Atau hubungi 03-7628 5115 untuk maklumat lanjut.