Saga…oh Saga…
baru-baru ni aku anto major service kete saga aku iaitu 23,000km.. dan genaplah juga setahun aku menggunakan saga. Cepat je masa berlalu. So selama setahun menggunakan saga alhmadulillah tiada sebarang masalah.. power window pon ok. Kualiti proton memang banyak improve jika dibandingkan semasa zaman waja dikeluarkan dulu.
Jadi sebagai pengguna saga selama setahun ni, aku ingin berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan saga ni. Dan aku amik myvi cousin aku sebagai comparison.
1) Dari segi penggunaan minyak. Mula-mula masa awal-awal penggunakan kete ni, minyak agak kuat (engine break-in period) ramai yang kata sebab piston belum terhakis, geseran bnyk. Tapi lepas service yang pertama dan servis-servis yang seterusnya fuel consumption untuk saga semakin baik, iaitu avg 360 – 400 km untuk rm50 (minyak rm1.80) dengan pemanduan 60% highway (100kmh – 140kmh) dan 40% city. Bagi aku okla penggunaan minyaknya sebab aku memang suka lenjan acceleration selalu tukar gear bila 4k rpm. Oh ye, kete saga aku ni saga manual. Daripada pembacaan di forum fuel consumption untuk saga auto agak terus sket. Nama pon auto. Bagi myvi mungkin lebih menjimatkan sebab ada DVVT. Viva x yah compare la memang menjimatkan habis sebab engine kecik dan body yang ringan.
2) Ruang yang luas, Kalau dibandingkan dengan myvi yang berharga lebih mahal..
Interior width
Myvi : 134cm
Saga: 134cm
Interior Length
Myvi: 188cm
Saga: 202cm
Bootspace pon besar :
Myvi: 225litre
Saga: 413litre
3) Pemanduan yang stabil
Dengan kelajuan 140kmh pemanduan masih stabil tanpa shaking. Jika dibandingkan dengan myvi dengan kelajuan yang sama sudah terasa streering shaking dan bouncy. Mungkin disebabkan oleh kerb weight myvi yang ringan dan streering yang lembut. Saga pula yang pemanduan yang ditune oleh Lotus, memang terasa seronok memandunya apabila mengambil selekoh terasa sharp dan stabil. Semasa pemanduan di lebuhraya streering tidak terasa gegar disebabkan steeringnya yang lebih berat apabila memandu laju.
4) Prestasi enjin
Dari segi prestasi, campro iafm ni memang dapat memecut dengan pantas apabila melepasi 2k-3k rpm. Terasa torque nya. Namun jika dibandingkan dengan myvi, yang mempunyai DVVT myvi lebih pickup kerana berat body yang lebih ringan. Jadi myvi lebih sesuai dijadikan city car kerana lebih pickup. Namun begitu DWB (Drive By Wire) yang proton gunakan menyebabkan sedikit lag semasa menekan minyak kereta. Namun atas pengalaman aku lag ni lama-lama semakin hilang apabila mileage meningkat mngkin kerana ECU kereta sudah tune cara kita memandu.
Berikut adalah spec engine bagi kedua-kedua kereta tersebut :
Total Engine Capacity (cc) : Myvi(1298) vs Saga(1332)
Horsepower(hp) both at 6000RPM : Myvi(85.8) vs Saga(94)
Torque (Nm) : Myvi (116@3200rpm) vs Saga(120@4000rpm)
horsepower/weight ratio (hp/kg): Myvi(0.089) vs Saga(0.088)
5) Sistem audio
Sistem audio saga memang best, player Clarion mengeluarkan bunyi bass dan treble yang sedap yang turut dilengkapi dengan RDS (Radio Data System) membolehkan kita mendapat info radio apa yang didengar. Speaker yang diletakkan sebanyak 4 speaker juga mengeluarkan alunan bunyi yang sedap. Jika dibandingkan dengan myvi system audionya agak boring. Bunyi bass yang tiada langsung kedengaran, treble yang tidak clear yang banyak dengaran adalah bunyi vocal sahaja. Player pon tidak dilengkapkan dengan fungsi RDS dan button2 yang besar yang bagi aku macam pelik.
6) Aircond
Aircond saga sejuk!!… cepat sejuk dan sapa yang suka sejuk memang sesuai guna saga. Distribution aircond around the car pon better. Myvi aircond dia lambat sejuk.
Begitulah celoteh aku pasal kete untuk kali ini, aku hanya memberikan pendapat aku tentang kete saga yang dipandu dan kete myvi yang dicuba pandu. Namun masing-masing mempunyai kriteria masing-masing dan citerasa masing-masing dalam memilih kereta pilihan mereka.
Sekian, Terima Kasih.. Haha
Untuk sesiapa yang ingin membeli kereta dan masih tidak dapat memilih sama ada myvi atau saga aku terjumpa satu info yang diberikan oleh CyberKewl (lowyat forumer yang menggunakan kedua-dua kereta myvi dan saga). Mungkin info ini dapat membantu korang membuat pilihan :

