Satria Neo CPS
Februari 13, 2009
14 comments
Hari ini proton melancarkan Proton Satria Neo H-Line model yang menggunakan enjin berkuasa tinggi baru iaitu Campro CPS. Enjin Campro CPS ini mempunyai kuasa kuda sehingga 125bhp pada 6500 rpm dan 150Nm torque pada 4,500 rpm berbeza pada enjin Campro biasa iaitu 110bhp dan 148Nm. Perbezaan lain adalah pada bumper depan dan belakangnya dan juga wheel arch ala-ala Satria GTi. Warna hanya ada 2 pilihan iaitu hitam dan juga putih. Interior dalaman juga menarik dengan kemasan dashboard hitam gelap, seat kulit dengan trim merah. Harga Satria Neo CPS ini adalah dari RM 57,313.00 – RM 60,763.00. Berikut adalah gambar-gambar Satria Neo CPS yang kacak.
Categories: Automotif
CPS, Proton, Satria Neo


