Jalan-jalan…
Korang mesti pernah pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur. Kini taman tersebut dikenali sebagai KL Bird Park. Seingat aku, masa aku kecik je aku pergi kat taman tu. Nak jadikan cerita, nak refresh keadaan disana, aku ngan wife menjenguk ke Taman Burung pada ahad yang lepas.
Plan ahad haritu, selepas confirmkan pregnancy kat klinik nak singgah rumah auntie wife aku di bangi. Disebabkan klinik Az-Zahrah penuh sesak dengan pesakit dan auntie tiada di rumah, kami mengambil keputusan untuk terus ke taman burung dalam pukul 12.30 tgh hari..Ya tengah hari.
Masa umur aku masa budak kecik, rasanya amat seronok jalan-jalan ke taman burung. Seingat aku lerr. So aku nk tengok balik kawasan taman burung yang aku seronok betul pergi masa zaman kanak-kanak dahulu.
Actually, memang lama aku x pergi ke Lake Garden. Macam mana rupa lake gardens pon aku dah lupa. Tapi cukup la sekadar untuk singgah ke taman burung untuk kali ni. Bayaran masuk untuk warganegara (mykad) adalah rm15 dan pelancong asing agak mahal dalam rm40 kalau x silap. Rata-rata yang datang pon memang pelancong asing.
Mungkin mereka tertarik dengan perkataan World Largest free-flight Walk-in Aviary yang terpapar pada ruang masuk taman ini.

