Arkib

Posts Tagged ‘tune talk’

Tune Talk | Now we’re talking!… prepaid baru

Ogos 20, 2009 Tinggalkan komen

image

Now we’re talking… begitulah tagline syarikat prepaid terbaru daripada Tune Talk iaitu syarikat telekomunikasi daripada Tune Group Company, syarikat yang sama yag memilikki Tune Hotel. Untuk pengetahuan korang chairman Tune Group ni adalah orang yang sama memiliki Air Asia yang tidak asing lagi Datuk Seri Tony Fernandes.

Seperti U-Mobile, Tune Talk merupakan syarikat telekomunikasi MVNO iaitu mobile virtual network operator yang tidak mempunyai coverage sendiri. Mereka menggunakan rangkaian celcom 2.5G dalam menyediakan servis kepada pelanggan mereka dan menggunakan prefix 010.

Apa kelebihan menggunakan Tune Talk prepaid ni??

Antara kelebihannnya adalah panggilan 0.22 sen seminit ke sebarang nombor telco di Malaysia ini. Tak kisah la prefix dia apa. 012, 013, 014, 016, 017, 018 , 019 dan 010 semuanya 0.22 sen seminit. Caj sms nya pula adalah 5 sen sahaja. Murah juga.

Selain itu caj IDD lebih murah sebanyak 10% daripada pesaing-pesaing telco yang lain. Bukan itu sahaja, pelanggan Tune Talk boleh menikmati penerbangan Air Asia secara percuma serta insurans percuma. Pengguna juga boleh memilih nombor kegemaran mereka semasa mendaftar secara online.

Dengan adanya Tune Talk prepaid ini, pastinya akan berlaku perang harga dengan Hotlink dan juga Digi Prepaid.

Maklumat lanjut : TuneTalk

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.