Arkib

Posts Tagged ‘Windows 7’

Bonus dan tunggakan gaji…Acer Aspire 4551

Jun 27, 2010 14 comments

Alhamdulillah merasa lagi bonus untuk tahun ni, plan nk gi jalan-jalan ke Langkawi tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan HeHe.. Duit bonus kali ni selain disimpan di Tabung Haji, turut disumbangkan kepada syarikat Insurans Allianz…Duhh!.. roadtax sudah habis.. tayar pon dh hampir botak tapi tu tukar next month…ada lagi bunganya.

Oleh sebab tak jadi pergi ke Langkawi aku pi beli Laptop Haha…Acer Aspire je..lagipon laptop Acer yang lama nk bagi adik guna bwk gi Universiti. So kali ni aku buat review sket tentang laptop yang aku beli. Harganya berpatutan dan prestasinya tidak menghampakan walaupun harganya yang murah. Dengan harga RM1799 ianya dilengkapi dengan pemproses AMD Athlon II X2 2.1Ghz, 2GB RAM, ATI Mobility Radeon HD 4250, 320GB Hard disk, 1.3 MP Webcam Camera dan juga preloaded dengan Microsoft Windows 7 Home Premium 64bit. Terdapat juga opsyen tanpa Windows dengan harga rm1499 tapi hanya dilengkapi dengan 1GB RAM.

Aku beli kat lowyat dpt harga rm1750 dengan goodies2 = cooler, headset, mouse, mouse pad, lcd cleaner, keyboard protector, kensington lock, dan juga headset+mic. Tapi sbb bayar guna kad kredit jadi rm1780. Hmm actually salah tu, mana leh interest kat customer plak.

Daripada segi performance ok, responsive dan seperti laptop AMD yang lain gfx semestinya mantap dengan ATI Radeon gfx. Tidak pada kebanyakkan laptop Intel yang selalunya hanya dilengkapi dengan Intel Integrated gfx yang biasanya tidak terlalu kuat. Laptop ini turut juga dilengkapi dengan port HDMI yang boleh dihubungkan kepada TV HD untuk menonton movies HD atau sebagainya.

Dari segi ketahanan baterinya oleh sebab ini adalah entry level laptop, dan bukan thin n light series baterinya hanya tahan 3 jam. Mula2 nk beli HP Thin n Light Series tapi harga rm2500… sakit gak sbb simpan duit dalam tabung haji lagi elok.

Kebanyakkan orang takut nak beli laptop processor AMD kerana takut panas. Apa yang aku dapat katakan laptop Acer Aspire 4551 amat senyap dan tidak panas . Oleh sebab itu, tiada masalah untuk menggunakannya di atas katil sambil baring-baring melayan facebook.

Jadi dengan harga rm1499 tanpa windows dan rm1799 dengan windows ianya berbaloi untuk dimilikki dengan rekabentuk yang menarik dan prestasi yang mengagumkan bagi kelasnya.

 

Windows x detect 4GB RAM?

Ogos 31, 2009 Tinggalkan komen

Jika belum tahu, Windows kini terdapat 2 versi iaitu 32bit dan 64bit. Ianya bermula dengan Windows XP 64bit semasa AMD mengeluarkan processor AMD64 mereka. Windows 32bit dikenali dengan x86 iaitu architecture PC dan Windows 64bit dikenali sebagai x64 iaitu architecture x86-64 (extension).

Apa perbezaannya?, actually banyak perbezaannya tetapi aku nak highlight satu je. Windows x64 atau 64bit mampu menggunakan lebih daripada 4GB RAM. Jika korang menggunakan Windows x86 (32bit), hanya 3.0GB / 3.5GB yang dapat digunakan. Tak kisah la korang tambah 8GB RAM pada komputer korang, tapi apabila bukak windows hanya 3.00GB Physical Memory sahaja yang dapat digunakan. Itu adalah limitation 32bit. Untuk menggunakan lebih 4gb of RAM, korang kenalah guna Windows x64. Walaupun x64 banyak kelebihannya terutama performance gain yang korang dapat jika menggunakan native 64bit application seperti Adobe Photoshop 64bit. Namun begitu, ramai yang masih memilih 32bit windows sebab-sebab seperti Drivers 64bit dan juga Application compatibility.

windows-32-bit-ram-limit

Yang peliknya, Windows Server 2003 dan 2008 walaupun menggunakan versi 32bit (x86) ia mampu menggunakan lebih 4GB kenapa tidak kepada Vista mahupun Windows 7? Mungkin Microsoft mempunyai sebab-sebab tertentu. Tu hak mereka.

Namun begitu kini terdapat cara untuk membenarkan Windows Vista, Windows 7 32bit korang dapat menggunakan lebih 4GB of RAM.  Kini terdapat Kernel Patch yang membenarkan ianya berlaku seperti itu. Mana nk dapat patch ni? hehe search je kat google.

 

windows-vista-x86-patch

Categories: Info, Komputeran Label:, , , ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.